01 di kempas - Google Blog Search |
Nasib Mangsa Roboh Rumah <b>Di Kahang</b> Barat - pr sembrong bangkit Posted: 31 Jan 2013 12:00 PM PST PAR JOHOR PERIHATIN KHAMIS 31.1.2013 Apa yang paling menyayat hati yang menimpa 5 keluarga di kahang barat ini adalah segala perkasa rumah,pakaian serta kele...ngkapan sekolah anak-anak mereka turut dimusnahkan oleh pihak berkuasa gara-gara mahu menghalau mereka berpindah daripada tapak penempatan yang telah diranapkan itu.Yang lebih malang sehingga ke hari ini mereka masih tidak mampu untuk menyekolahkan anak mereka kerana tidak mempunyai wang. Penderitaan yang ditanggung saat ini oleh 5 keluarga di kahang barat kluang itu mendapat perhatian PAR Negeri Johor.Hasil sumbangan NGO Islam yang perihatin maka Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor sebagai wakilnya telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang ringgit kepada anak-anak 5 keluarga malang ini.Seramai 7 orang anak-anak mereka masih belum menjejaki kaki ke sekolah lagi walaupun sekolah sudah lama bermula.Selain daripada sumbangan peralatan sekolah,5 keluarga tersebut juga menerima sumbangan berupa keperluan Asas. Majlis Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Penyelia pusat Aduan Rakyat bukit gambir Prof Dr Mahfoz Mohammad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Johor. Seusai majlis ringkas yang diadakan ditapak rumah mereka yang diroboh itu,anak-anak mereka telah di bawa ke bandar kluang oleh Pengerusi PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah. Saudara Nordin Ali,salah seorang dari 5 keluarga itu berkata beliau amat terharu dan berterima kasih kepada PAR Negeri Johor kerana perihatin dan mengambil berat terhadap masalah yang mereka ketika ini 5 keluarga ini telah dibenarkan menumpang sementara di dewan serbaguna kahang barat sejak seminggu lalu oleh ketua UMNO cawangan Kahang barat.Baru-baru ini mereka sudah dimaklumkan oleh UMNO supaya mengosongkan dewan sebelum 4 hb Feb ini kerana dewan tersebut akan digunakan sebagai bilik gerakan pilihanraya UMNO. Dimanakan arah dan nasib mereka selepas ini?Mereka ini orang miskin dan tidak berkemampuan apatah lagi mengeluarkan duit muka untuk menyewa rumah. Beginilah contoh bertapa malangnya nasib Melayu merempat di tanah air sendiri tanpa pembelaan daripada parti ketuanan Melayu yang menjadi teras pemerintahan negara.Merempatnya orang melayu bereti gagalnya UMNO dalam pemerintahan.Tidak ada maknanya negara maju tetapi rakyat miskin dan derita. Dimana Melayu merempat disitulah UMNO berkuasa. abusiraj almuner |
You are subscribed to email updates from di kahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan