01 di kluang - Google Blog Search |
WANDAR BEAUTY - SPA BARU <b>DI KLUANG</b>,JOHOR | Mrs Anuar Posted: 04 Jun 2013 04:35 AM PDT Assalamualaikum... Hari ini,4 JUN 2013,aku telah membuat 'lawatan sambil belajar' ke minispa milik kawan cium mulot kita, Ekyn.Spa ni beralamat 6&7 GERAI MASJID,JALAN MERSING,TAMAN KASIH,86000 KLUANG JOHOR. Landmark dia betul-betul sebelah Masjid Jamek Taman Kaseh yang serba hijau tu.Kalau dari bandar Kluang,selepas sekolah SSAJ,dan terjumpa Mobil,anda akan jumpa traffic light.dekat traffic light tu masuk kiri.Terus sahaja sehingga anda jumpa Masjid Jamek Taman Kaseh di sebelah kanan jalan anda.Selepas Masjid tu ada lorong kecil.masuk lorong itu yang berada di kanan anda.Masuk sahaja anda akan nampak deretan kedai di sebelah kanan.perlahankan kenderaan anda untuk mencari banner di atas. Ok..bagus tak aku jadi penunjuk arah???hahahha...Mini spa ini adalah milik mak dara yang berusia 22 tahun.aku sangat berbangga sebab diusia yang muda telah membuka minispa ni.good job makcik! nak tahu ownernya?? inilah dia orangnya Minispa ni mula dijalankan sesi pengubahsuain since March..Kedai yang dahulunya kecil diubahsuai mengikut tema bali yang menjadi pilihan pemilik minispa ini.2 kedai digabungkan untuk merealisasikan impian si pemilik.Dengan kawasan yang terhad ekyn perlu bijak bermain dengan ruang dan color supaya kedai yang comel ini nampak luas.Idea demi idea diceritakan kepada aku.tapi aku ni bab-bab imaginasi amat-amat la slow.so bila ekyn bercerita aku tak dapat nak bayangkan.so cakap ngan makcik,dah siap nanti awak panggil kita tengok ya makcik.baru senang.hahahah..dan inilah transformasi kedai itu.. hahahhaha...nak jugak.. Itulah tranformasi yang telah berjaya dilakukan oleh ekyn.haaa makcik..dah nampak baru la boleh tahu apa yang awak cite dulu.sangat-sangat cantik spa awak.. Nak masuk ke spa ni terlebih dahulu kena buka kasut/selipar ya.lepas tu susun cantik-cantik dekat rak tu.lepas tu tekan loceng.Ting Tong..Ting Tong.. pastinya pemilik spa tu sendiri akan menyambut anda dengan seperti ini.. kikiki..see..aku ni.sangat dengki.hihihi..sorry2..Bila dah masuk anda duduklah dulu di kerusi yang disediakan sebelum pemilik spa datang melayan anda(jika ada costumer ketika itu).dont worry spa ni sangat-sangat selesa untuk korang tunggu sebentar.dengan air-cond&kipas yang disediakan anda tak rasa panas pun.sambil tu boleh la cuci mata dengan deko yang ada di spa tu..Bahagian ni simple je.aku suka.sebab tak sarat sangat dengan perabot.boleh duduk situ dengan lapangnya.Kalau rasa masa tu nak tengok cermin sebelum muka di facial ada 5 set cermin dibelakang kerusi tu untuk kita tengok.hehhehe..bahagian depan ni bertemakan warna coklat muda..eh coklat ke?macam color pink sikit pun ada.tapi kombinasi warna tu cantik.buat ruang tu nampak luas.tambahan lampu gantung diatasnya juga membuatkan ruang tu nampak klasik.alunan muzik yang disediakan juga turut menambah mood ala-ala bali anda. Bila tuan kedai da sedia untuk melayan anda,maka anda perlu ke bahagian reception..untuk memberitahu jenis rawatan apa yang anda perlukan.Kat spa ini ada beberapa perkhidmatan..antaranya:
Untuk part rawatan muka,anda boleh buat facial,sinus facial(resdung) dan juga eyelash perming.eyelash perming ni untuk kita melentikkan bulu mata kita untuk beberapa tempoh yang lama.so,tak payah keluar pakai maskara lagi.pakai eyelash perming ni je.semua ini dengan harga promosi RM25-RM28.harga promosi ini sah untuk 3 bulan pertama.dalam bulan September nanti baru habis.so nak manjakan diri dengan harga runtuh ni buat la segera... untuk harga makeup pula depend pada event.kalau nak makeup dinner ke,dating dengan pakwe ke harga range dalam RM100 ke bawah.untuk majlis tunang&perkahwinan pula atas RM100.untuk pengesahan harga sila rujuk kepada pemilik spa.. Di meja receptionist ni anda boleh ambil business card dan juga pamplet.Di belakang meja receptionist anda boleh lihat sijil-sijil milik tuan kedai.jangan risau ekyn telah pun mendapat sijil-sijil berkaitan dengan facial&urutan badan ni.tak perlu risau tentang kelayakan beliau.bertahun ni dia belajar tentang beautician Bila dah selesai pendaftaran dan pembayaran masa untuk masuk bilik rawatan.ehhh??rawatan ke ayat yang sesuai?boleh laaa... Anda akan melalui jalan berbatu-batu ini.heheheh..dalam spa ekyn,laluan ini yang paling aku suka.terserlah konsep bali kat sini.dekat sini dah mula da bau lilin wangi tu. masuk ke pintu di sebelah kanan ye.jangan sebelah kiri.kiri tu pintu dapur.heheheh..Bila masuk ke bilik treatment(haaa..akhirnya aku jumpa ayat yang betul.hahahah) anda pasti terpukau dan rasa senang dengan suasananya.dalam ni amat kelam cahayanya untuk membantu mood anda relaks.seriusly suasana tu memang boleh buat korang tidur terus kat situ. Didalamnya ada 2 katil untuk buat facial.dan 1 tilam untuk body massage.jangan risaulah kalau nak massage kat situ.ada langsir siap2.boleh sarungkan badan anda dengan selimut kat situ tanpa segan silu takut orang nampak ke..Bilik tu tak berapa kecik sangat.memang selesa untuk kita buat traement kat situ.memang tak bising.boleh rehatkan muka&minda setenangnya kat situ. Tentang treatment kat situ aku belum boleh beri komen sebab belum mencubanya lagi.rileks..spa ni akan menjadi singgahan aku selalu nanti.lepas ni muka aku akan menjadi halus mulus..mungkinkah???hehehhe... Jadi inilah serba sedikit ulasan aku untuk spa comel milik Asyikin Hishamuddin ini..kedai yang comel tapi di dalamnya sangat menawan hati.tak terasa kecil bila berada di dalamnya.. Jika anda hendak melakukan treatment disitu sila booking terlebih dahulu.kerana buat masa sekarang hanya ada ekyn seorang yang menguruskan spa tersebut.dia yang kena jadi penyambut tetamu,dia yang kena buat facial,dia yang kena urut orang dia juga yang jadi tukang mop.heheeh..bakal ada pembantu Insha Allah tak lama lagi.boleh lah sesiapa yang berkelayakan tu pergi jumpa boss ya apply job (^_~) Untuk sahabatku(dah macam ucapan raya),good luck with your new baby my fellow friend.saya akan support awak dari belakang.Insha Allah permulaan ini akan membuka ruang kepada sesuatu yang lebih besar.Tahniah kerana cita-cita awak tercapai jua akhirnya.kuatkan semangat.Fokus kepada apa yang awak buat.Berdoa pada Allah semoga awak dikelilingi oleh orang-orang yang mampu membawa awak ke jalan kebaikan dan dijauhkan dari orang-orang yang berniat buruk.jadi business woman,seorang isteri dan seorang ibu memang sangat sukar.give your time wisely.i know u can do it.Doa kita sentiasa untuk awak supaya awak berjaya selalu.nanti kita ajak kawan kita ramai-ramai.Go Onward babe! note: kita pergi spa ekyn ni dengan seorang lagi hot mama,adah,pemilik blog Syuhadahrazaliblogspot.thanks temankan tadi.. |
You are subscribed to email updates from di kluang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan