ads

Khamis, 6 Jun 2013

01 di lok heng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di lok heng - Google Blog Search


Keputusan PRU13 Parlimen <b>Gelang Patah</b> 2013? | Berita Semasa

Posted: 28 Apr 2013 04:35 PM PDT

keputusan pru 13 gelang patah

Keputusan PRU 13 Gelang Patah : Terus-terang kami katakan bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah, adalah kerusi keramat bagi Parti BN (Barisan Nasional).

Keputusan Lim Kit Siang, untuk bertanding di Gelang Patah untuk melawan Datuk Abdul Ghani Othman, memeranjatkan ramai pihak. Terutamanya bagi Chua Jui Meng, wakil PKR yang dikabarkan akan bertanding untuk Parlimen itu sebelum ini menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13). Itu dahulu. Hakikatanya….

Hakikatnya sebelum ini Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya sebelum ini ke Johor sebanyak 2 kali dalam tempoh seminggu telah pun memaklumkan berdasarkan siasatan dan sumber risikan yang telah diperolehi Datuk Seri Najib, pimpinan BN Johor telah pun dimaklumkan terdapat 5 kerusi parlimen yang tidak boleh diselamatkan lagi (kawasan hitam). Antaranya ialah :

  1. Kluang
  2. Segamat
  3. Tebrau
  4. Bakri
  5. Kulai
  6. Gelang Patah

Hilang keempat-keempat kerusia parlimen di atas boleh diterima lagi, tetapi tidak untuk kerusi Gelang Patah. Yang paling dibimbangkan Barisan Nasional BN adalah kehilangan kerusi Gelang Patah menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13). Di situlah terletaknya Nusajaya di dalam kawasan Iskandar Malaysia (SEPERTI DI SINI) yang menampung pelaburan bernilai berbilion ringgit dan menjadi suatu simbol kejayaan UMNO Barisan Nasional di sana…..

Itu sebablah kita lihat sekarang ini skrip sudah menjadi realiti. Lim Kit Siang akan berdepan dengan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah.

  1. Kami berpendapat, keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, adalah untuk "break the ice" di beberapa kawasan kubu kuat BN di Johor
  2. atau secara mudahnya, untuk memperluaskan lagi sayap pakatan di negeri Johor, yang pada PRU 2008 yang lalu, merupakan negeri yang boleh dikatakan, "Kubu kuat Barisan Nasional"
  3. Tetapi, mampukah? Apatah lagi, caon BN menang sebelum dnegan majoriti yang cukup selesa.

keputusan pru 13 gelang patah

Kalau sebut Lim Kit Siang, macam-macam isu yang boleh kita dengar. Veteran politik ini seringkali dikaitkan dengan isu perkauman, malah ada yang melibatkan beliau sebagai pencetus kejadian 13 Mei 1969 (DI SINI), dimana kes ketegangan antara kaum berlaku yang mengorbankan banyak pihak dan jiwa orang ramai.Komunis, Cauvinis, anti-melayu dan bermacam-macam lagi.Manakala Datuk Abdul Ghani Othman pula dilihat memperjuangkan ketuanan melayu, dengan menolak penggunaan "Bangsa Malaysia", yang dikatakan sama dengan konsep "Malaysian Malaysia" yang dipelopori Lee Kuan Yew.

Tetapi harus diingat, dalam pilihanraya, macam-macam boleh jadi. Daripada pemerhatian, gelombang rakyat nampaknya lebih agresif. Dikala ramai calon "veteran" BN dilihat bertanding di kawasan selamat, calon Pakatan Rakyat pula mengambil risiko meninggalkan kawasan untuk meluaskan cengkaman. Apa yang Berita Semasa perhatikan, BN semakin lama mengambil pendekatan defensif, dan Pakatan Rakyat pula mengambil posisi sebagai penyerang dalam Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) kali ini.

Adakah keputusan Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah merupakan strategi yang baik bagi menarik perhatian pengundi cina yang menjadi majoriti di Gelang Patah? Adakah Abdul Ghani Othman berjaya untuk terus mempertahankan kerusi parlimen Gelang Patah menjalang pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) yang telah pun berada di bawah genggaman BN selama hampir 5 dekad? Apa pandangan anda pula?

[poll id="372"]

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved