Jumaat, 21 Jun 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Addin: Udara <b>Muar</b> Paras Bahaya, 211 Sekolah <b>Di</b> Arah Tutup

Posted: 19 Jun 2013 11:26 PM PDT

KUALA LUMPUR - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383.
Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi.
Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my.
Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119.
Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100. ~bernama

Polis Rampas 1kg Dadah, Tahan Seorang Lelaki <b>Di Muar</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 02:22 AM PDT

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam operasi 12.15 pagi itu polis turut merampas wang tunai RM5,000 daripada lelaki tempatan berusia 56 tahun berkenaan.

Polis sedang menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan dadah dan untuk di pasarkan di mana, katanya menambah bekalan dadah itu dapat menampung 5,000 penagih.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas ketua polis daerah Muar di antara pemangku Ketua Polis daerah, Supt Sahadan Jaafar dan Ketua Polis Daerah Muar yang baharu ACP Azman Ayub.

Menurut Mohd Mokhtar, operasi itu hasil risikan awam dan lelaki tersebut ditahan ketika berada di dalam kereta di Pantai Leka di pangkalan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads