Ahad, 23 Jun 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Tahap kualiti udara peringkat Bahaya <b>di Muar</b> makin meningkat <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2013 08:41 PM PDT

Ini pula keadaan jerebu tebal di Gelang Patah, Johor.

Ini pula keadaan jerebu tebal di Gelang Patah, Johor.

SUBANG JAYA – Cuaca berjerebu di selatan tanah air semakin memburuk.

Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, Indeks Pencemaran Udara di Muar sudah mencapai paras Bahaya apabila mencatatkan bacaan 337 atau kategori merah pada bacaan 7 pagi.

Ia terus meningkat kepada 383 pada bacaan pada pukul 11 pagi.

Keadaan itu memaksa Jabatan Pelajaran Daerah Muar mengarahkan 211 buah sekolah mulai sesi petang ini di daerah itu ditutup sehingga esok sementara menunggu arahan lanjut.

Bagaimanapun, warna yang dipaparkan pada laman web berkenaan adalah putih.

Dalam pada itu, kualiti udara di Kota Tinggi mencapai paras kategori Jingga atau Sangat Tidak Sihat apabila mencatat bacaan 211 pada bacaan setakat 7 pagi ini.

Ia turut meningkat kepada 232 pada 11 pagi.

Dua lagi lokasi iaitu di Pasir Gudang dan Larkin Lama juga meningkat pada pukul 11 pagi tetapi masih berada paras Tidak Sihat atau Kuning.

Pasir Gudang mencatatkan bacaan 199 (190 – 7 pagi) manakala Larkin Lama 1881 (171 7 pagi) .

Bacaan kualiti udara Tidak Sihat di Bandaraya Melaka juga meningkat kepada 137 (134 7 pagi) dan Bukit Rambai di Melaka 119 (117 pagi).

Jerebu: Kerajaan isytihar darurat <b>di</b> daerah <b>Muar</b> dan Ledang <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 09:13 PM PDT


Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta.

Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 746.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan perkara ini dalam suatu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada AstroAWANI.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang dengan serta merta," katanya.

Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat.



Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu.

Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529 ~ Astroawani

Sebelum itu mStar melaporkan..

JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar meningkat kepada 746 setakat pukul 7 pagi, di mana lebih sekali ganda daripada tahap standard berbahaya menurut laman web Jabatan Alam Sekitar pada Ahad.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, para pegawai kesihatan termasuk ambulan bersedia sekiranya terdapat kecemasan ekoran jerebu.

"Semua anggota kami berada di Muar pada hari ini, dan kami bersedia untuk sebarang insiden termasuk kemalangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh jarak penglihatan yang kabur di jalan raya.

"Buat masa ini, saya menasihatkan semua orang duduk di laman rumah, tanpa sebarang alasan," katanya ketika dihubungi pada Ahad. Beliau menambah, berada di luar menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira sebagai berbahaya. Bacaan terakhir setakat pukul 4 petang Sabtu menunjukkan IPU di Muar ialah 453.

Semua kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat. Ini termasuk Kota Tinggi pada 137, Pasir Gudang (127) dan Larkin Lama (117).

Siapa punya ladang yang terbakar tu?.. sila lihat di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads