Rabu, 26 Jun 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Rangkuman foto jerebu tahap Bahaya <b>di Muar</b> ABN News | BM

Posted: 22 Jun 2013 04:50 AM PDT

MUAR – Keadaan jerebu di Muar, Johor bertambah buruk hari ini.

Kualiti udara di daerah itu dilapor berada pada tahap sangat berbahaya dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 453 pada pukul 4 petang.

Kualiti udara di daerah itu mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7 pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi),360 (10 pagi) dan 373 (pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari).

Dan bagi memberi gambaran sejauh mana seriusnya keadaan itu, ABN News  rangkumkan gambar-gambar jerebu yang dirakam orang ramai dan kemudian dikongsi bersama di laman media sosial Twitter.

Noor Hidayah Sahar @dyasahar merakamkan gambar jerebu yang sangat teruk di Muar hari ini.

Noor Hidayah Sahar
@dyasahar merakamkan gambar jerebu yang sangat teruk di Muar hari ini.

Ini pula suasana jerebu tebal di Muar yang dirakam Firdauz Aziz@itoaziz.

Ini pula suasana jerebu tebal di Muar yang dirakam Firdauz Aziz@itoaziz.

Gambar jerebu di Muar ini dirakam oleh Charle梽豪 @justmalaysian

Gambar jerebu di Muar ini dirakam oleh Charle梽豪
@justmalaysian

BN4Muar@P146muar turut tidak ketinggalan berkongsi suasana jerebu di salah sebuah kampung di Muar.

BN4Muar@P146muar turut tidak ketinggalan berkongsi suasana jerebu di salah sebuah kampung di Muar.

jerebu teruk <b>di muar</b> dan ledang pm najib isytihar <b>...</b> - mysumber.com

Posted: 22 Jun 2013 10:32 PM PDT

PM Najib Isytihar darurat di Muar dan Ledang

Menurut Datuk Seri G. Palanivel( Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) dalam akaun Facebook miliknya, memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang dan berkuatkuasa serta-merta pada Ahad 23 Jun 2013 berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi tahap berbahaya

darurat jerebu jerebu teruk di muar dan ledang pm najib isytihar darurat

Bacaan IPU di Muar meningkat kepada 746* jam 7 pagi, di mana lebih sekali ganda berbanding tahap standard "berbahaya" berbanding hari sebelumnya

Namun pada jam 11 pagi bacaan menurun kepada 690* tetapi masih lagi pada tahap standard "berbahaya" menurut laman web Jabatan Alam Sekitar

foto jerebu di muar 23 jun 2013 jerebu teruk di muar dan ledang pm najib isytihar darurat

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Johor telah menggariskan sembilan langkah segera susulan pengisytiharan darurat bencana jerebu di Muar dan Ledang

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam posting di Facebook beliau berkata, langkah tersebut merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja

Berikut adalah Sembilan langkah yang telah dinyatakan

  • Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari
  • Menentukan semua sekolah ditutup
  • Mengehadkan penggunaan kenderaan persendirian
  • Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah
  • Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap
  • Penguatkuasaan pengharaman pembakaran terbuka

Pun begitu, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan

  • Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya
  • Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat
  • Perkhidmatan-perkhidmatan perlu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads