Khamis, 6 Jun 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


80 pelajar sertai perkhemahan bersepadu kokurikulum <b>di muar</b>

Posted: 27 May 2013 10:02 PM PDT

PESERTA DAN GURU BERGAMBAR DI AKHIR PERKHEMAHAN

PESERTA DAN GURU BERGAMBAR DI AKHIR PERKHEMAHAN

Oleh : Mustaffa  Siraj

MUAR, 27 Mei – 80 pelajar SMK Penghulu Saat telah menyertai perkhemahan bersepadu kokurikulum bertempat di Zaaba Farm, Muar   dari 25 hingga 27 Mei lalu. Seramai 15 guru terbabit secara langsung dalam perkhemahan berkenaan.

JURULATIH MENUNJUK AJAR PESERTA

JURULATIH MENUNJUK AJAR PESERTA

Pada hari pertama, diadakan taklimat yang dikendalkan oleh kem komanden, Encik Norhisham Khalid, diikuti aktiviti ice breaking dan latihan dalam kumpulan, yang dikendalikan oleh  Encik Norazam. Kuliah maghrib pula dikendalikan oleh Ustaz Pauzan Wan. Slot tazkirah pada pagi hari kedua dikendalikan oleh Tuan Haji Ramlan Pit.

USTAZ PAUZAN MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB

USTAZ PAUZAN MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB

Slot ceramah pada sebelah malam dikendalikan  oleh Ustaz Fadzil Mohd Amin, Motivator Aura Metafizik dari Muar. Beliau mengupaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar kepada masyarakat dan negara di samping menerapkan  didikan agama dan ketaatan kepada ibu bapa. Isu-isu membabitkan penularan budaya negatif seperti buang bayi, merempit dan gejala dadah turut dikupas dengan baik dan memberi kesan positif kepada peserta.

PESERTA PEREMPUAN MEMANJAT TALI GANTUNG

PESERTA PEREMPUAN MEMANJAT TALI GANTUNG

Pada hari kedua, diisi dengan aktiviti senaman pagi, kawad kaki, kembara hutan, permainan bola sepak dan aktiviti berhalangan, dikendalikan oleh jurulatih yang disediakan Zaaba Farm.

SATU DARIPADA PERSEMBAHAN PELAJAR

SATU DARIPADA PERSEMBAHAN PELAJAR

Pada sebelah malam, Encik Md Azmi Ramli memimpin solat berjemaah dan tazkirah. Seterusnya acara persembahan kebudayaan oleh 8 kumpulan peserta. Setiap kumpulan telah mempersembahkan tiga konsep persembahan, iaitu tarian, nyanyian dan lakonan. Persembahan mereka begitu menarik dan memukau perhatian kira-kira 20 orang guru yang hadir. Majlis dikendalikan oleh  Tuan Haji Ramlan Pit.

KAWAD STATIK PESERTA

KAWAD STATIK PESERTA

Pada pagi hari ketiga, diadakan kawad kaki statik , penggambaran guru dan peserta dan majlis penutup . Kemudian para peserta telah dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Muar di Tanjung Emas sehingga ke Sabak Aur. Perjalanan memang menyeronokkan melihat kawasan persekitaran sungai yang tenang, serba kehijauan dan mendamaikan.

PENYAMPAIAN HADIAH  DI MAJLIS PENUTUP

PENYAMPAIAN HADIAH DI MAJLIS PENUTUP

Kem komanden, Encik Norhisham Khalid berpuas hati dengan perjalanan kem yang lancar dan kerjasama guru dan peserta yang sungguh baik. Beliau berharap para peserta dapat menimba pengalaman sebaik mungkin daripada input perkhemahan sepanjang tiga hari berkenaan. Beliau turut berpuas hati dengan kerjasama Zaaba Farm, di bawah Pengurusnya, Encik Mohd Najib Mohd Ali.

SEBAHAGIAN DARIPADA GURU YANG TERBABIT DALAM PERKHEMAHAN

SEBAHAGIAN DARIPADA GURU YANG TERBABIT DALAM PERKHEMAHAN

-smkps

-m

Anak Jati Malaya: [Video] Macai Bersih Berhimpun <b>Di Muar</b>!!!

Posted: 29 Apr 2013 06:05 AM PDT


Inilah tindakan terdesak calon Pakatan Rakyat di Parlimen Muar bila calon PKR, Hizwan membuat kira-kira beliau tidak dapat mengalahkan calon penyandang dari BN, Datuk Razali Ibrahim hingga membuat provokasi dengan mengimport budaya liar ke bandar Muar dan ke dalam masyarakat Muar yang sebelum ini hidup aman damai.
Inilah budaya yang diamalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan diserapkan melalui calon-calon Pakatan Rakyat di setiap parlimen dan DUN diseluruh Malaysia. Bila mereka merasakan mereka sudah tidak boleh menang lagi di Parlimen Muar dan penduduk serta rakyat Muar menolak calon Pakatan daripada PKR. Inilah caranya yang mereka guna. Cuba mewujudkan suasana tidak aman dan membuat huru-hara.

Bagi rakyat Muar yang arif lagi bijaksana... Fikirlah dengan matang dan waras... Adakah pemimpin seperti ini yang dimahukan menerajui Muar... Lihat sajalah apa yang dah jadi di parlimen jiran Parlimen Bakri... Rumah urut dan pusat judi berkomputer tumbuh bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan... Ia secara tidak langsung menambah lagi gejala tidak sihat dan masalah jenayah dalam kawasan kediaman dan tempat tinggal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads