ads

Sabtu, 1 Jun 2013

01 di parit jawa - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di parit jawa - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 03:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2013 03:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TRR Muar Batu Pahat: <b>Parit Jawa</b>

Posted: 12 Feb 2013 08:48 PM PST

Parit Jawa adalah satu pekan di daerah Muar, Johor, Malaysia. Terletak diantara 15km dari bandar Muar dan 39km dari bandar Batu Pahat.
Pada asalnya dahulu nama Parit Jawa adalah 'Padang'. Ia merupakan sebuah jajahan di dalam negeri Johor, yang terletak di bahagian pantai barat Daerah Muar yang mempunyai rupa bentuk geografinya yang luas, rendah, rata dan tidak berbukit-bukit.[1]
Luas Padang asalnya ialah kira-kira 13 km dengan lebar 6 km iaitu dari Parit Perupuk hingga ke Parit Jawa. Walau bagaimanapun, panjang jajahan Padang ini berubah-ubah dari masa ke semasa tertakluk kepada zaman pemerintahan dan pentadbiran:
  • Zaman Belanda (1641-1825) - Keluasan Padang hanya dari Parit Perupuk hingga ke Parit Pinang Seribu sahaja.
  • Zaman Sultan Abu Bakar (1863-1895) - Keluasan Padang mengunjur sehingga ke Sungai Balang.
  • Zaman Inggeris dan selepas Merdeka (1990an) - Keluasan Padang hanya terhad kepada kawasan Parit Jawa dan sekitarnya.
Oleh sebab itu ada yang mengatakan dan adalah dipercayai bahawa wilayah Padang itu sendiri merupakan kawasan Parit Jawa sekarang, dan malahan nama sebutan dalam Bahasa Cina dan loghat-loghatnya bagi Parit Jawa sehingga sekarang masih menggunakan sebutan 'Padang' (Bahasa Cina:巴冬, Hanyu Pinyin: Bā​ Dōng​​​, Teochew & Hokkien: Pa Tang ) walaupun nama panggilan rasminya Bahasa Melayu zaman kini adalah Parit Jawa.[2]. Nama ini berasal dari dari parit yang digali oleh peneroka-peneroka orang jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia yang telah membuka kawasan ini. Dalam tahun 1886, bagi Muar dan Kesang diletakkan dibawah tadbiran Residen atau State Commissioner for Muar (Bahasa Melayu: Orang Besar (Pesuruhjaya Negeri) Daerah Muar) Ungku Sulaiman Daud, daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran kelapa dan pinang oleh peneroka berbangsa Jawa, manakala penangkapam ikan dan hasil laut serta perdagangan oleh peneroka berbangsa Cina.
Ia terkenal dengan makanan lautnya kerana hidangan gulai ikan asam pedas Melayu dan ikan bakar hasil daripada masakan turun temurun masyarakat nelayan tempatan. Pantai Leka di Parit Jawa kini telah dibangunkan untuk tujuan riadah serta tarikan pelancong. Parit Jawa juga terkenal kerana merupakan kawasan persinggahan burung-burung migrasi dalam perjalanan musim penghijrahan mereka yang telah menjadikan Parit Jawa satu tempat istimewa peminat-peminat burung-burung migrasi untuk memerhati geligat mereka dan mengambil gambar mereka.

KISAH BUAH MENTEGA.....KAT <b>PARIT JAWA</b> MUAR.. - Nik Helen

Posted: 23 Nov 2012 02:57 AM PST

     SALAM SEMUA!


     HARI INI NIKEE NAK KONGSI SIKIT TENTANG BERITA GEMBIRA BUAT SAHABAT LAMA PUAN ERRA AKMAL.ALHAMDULLILAH ERRA SELAMAT  BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN DI SUBANG JAYA SELEPAS ASAR SEMALAM.

  ERRA TERPAKSA DI BEDAH MEMANDANGKAN TEKAN DARAHNYA AMAT TINGGI... MEMBAHAYAKAN NYAWA BABY YG DI DALAM PERUT TU.BABY GIRL YG DI NANTI TIBA WALAUPUN HANYA SEBERAT 1.45 KG SAHAJA...YELAH MEMBER LAHIR AWAL SEBULAN LEBIH..HANYA 35 MINGGU DI DALAM PERUT MUMMY..  

  TAHNIAH TUK AKMAL,ERRA,AIRIN FARISHA SERTA ABG B YG BALIK JAUH DARI DAVAO CITY JUST TO MEET AND SEE HIS SWEET LITTLE BABY GIRL.


HARI JOMLAH LAYAN BLOG NIKEE ..NIKEE KE MUAR SEMASA HARI KEDUA HARI RAYA HAJI BARU-BARU NI..SAMPAI DI PARI JAWA RUMAH PAK YUSOF TU..KITA PUN DI HIDANGKAN SESUATU YG ISTIMEWA..PELIK PADA NIKEE ALMAKLUMLAH NIKEE NI ORANG DARAT DARI KELANTAN..KALAU SESUATU YG BARU NIKEE AMAT SUKA NAK TAHU .

   DALAM DUDUK MENUNGGU DAGING DI LAPAH ..KAMI DI HIDANGAN DENGAN BERBAGAI HIDANGAN KUIH MODEN DAN ASLI...SEDAP...

  PAK YUSOF PUN ..TIBA-TIBA HIDANGKAN KAMI BUAH MENTEGA..HAIKKK!APE LAGI NIKEE RASA PELIKLAH SEBAB DI KELANTAN TAKKAN JUMPA BUAH MACAM NIKAN...
     
  JOM INTAI..FOTO

NI YG DAH SIAP BASUH...

 KATA ABG SUFFIAN POKOK MENTEGA NI DARI HASIL TANAMAN ATUKNYA..DI BELAKANG RUMAH PUSAKA YG DI DUDUKI OLEH PAK YUSOF SEKARANG NI.DULU KATA ABANG BUAHNYA SEBESAR BUAH KELAPA DARA..TAU KELAPAPANDAN...WAHHH HAIRAN BESAR TU...

  PADA NIKEE BUAH NI TAK UBAH SEPERTI BUAH SETOL..YG BERWARNA KUNING CUMA BEZANYA SI BUAH MENTEGA NI..MERAH KECOKLATAN DAN SEDIKIT BERBULU.

  KATA MEREKA BUAH NI HARUS DI BASUH BERSIH DAN DI KIKIS HABIS BULUNYA KALAU TAK GATAL-GATAL TERKENA KULIT.

  KALAU DI KELANTAN BUAH SETOL TU DI MAKAN JERUK ATAU ADA YG DI BUAT GULAI...TAPI PAHIT-PAHIT MANIS GITULAH..BUAH MENTEGA DI SEDAP SERTA LEMAK RASANYA SEAKAN MENTEGA..

YG DAH JATUH NI BOLEH DI MAKAN DAH..MASAK RANUM ...JADI TAK KELAT RASANYA..


   SETAHU NIKEE ,BUAH MENTEGA NI DIKENALI JUGA SEBAGAI BUAH BISBUL.
DIKENALI DENGAN NAMA ILMIAHNYA DIOSPYROS BLANCOI A.

  NAMA LAIN PULA DI PANGGIL,BUAH LEMAK ,DALAM BAHASA JAWA PULA DIKENALI SEBAGAI KAMAGONG,TABANG @ MABOLO DALAM BAHASA TAGALOG,SEBAB BUAH YG BERBULU..

  BUAH MENTEGA JUGA DI KENALI SEBAGAI MARIT DALAM BAHASA THAI DAN BAHASA INGGERIS DI PANGGIL VELVET APPLE.

  APA PUN BUAH NI BANYAK TERDAPAT DI TANAH JAWA..JADI TAK HAIRANLAH JIKA NIKEE MENEMUINYA DI PARIT JAWA MUARKAN.


  BUAH MENTEGA NI HIDUP SUBUR DI KAWASAN TROPIKA YG BERIKLIM MONSOON.DI FILIPINA BUAH NI BERBUAH SEPANJANG BULAN JUN- SEPT SEMENTARA DI INDONESIA SEKITAR BULAN MAC- MEI.

  APA PUN KISAH BUAH MENTEGA...NIKEE BANGGA MENIKMATI SESUATU YG BARU..WALAUPUN BUAH NI AMAT DI KENALI DI SEKITAR NEGERI JOHOR.


JOM LAYANLAH FOTO-FOTONYA......KATA ORANG NILAH BUAH MENTEGA YG SUDAH MULA DI LUPAI OLEG SEMUA ORANG DAN PADA NIKEE TAK SEMUA MENGENALI BUAH NI.....

BUAH MENTEGA DI ATAS POKOK...


pekena asam pedas <b>di parit jawa</b> muar - warna-warni kehidupanku

Posted: 19 Nov 2012 05:30 PM PST

sambung lagi ye...sampai aje pekan Parit Jawa , terus singgah ke medan selera Parit Jawa  . kebetulan kami semua mmg belum makan apa-apa lagi utk lunch , so bila dah sampai Muar , mmg terbaek arr nak isi perut yg tengah keroncong ni .

kat medan selera ni , makanan utama adalah masak asam pedas . ada pelbagai jenis ikan dan ikan-ikan ni semua mmg fresh semuanya . mana tak freshnya , dihadapan medan selera ni , adalah  jetty nelayan...nelayan balik dari mengail , mmg ikan-ikan tu terus aje masuk periuk masak asam pedas . makan kat situ , dah la sedap , view pun cantik utk sejukkan mata memandang .

hari tu , au singgah di kedai No 1 , kedai Mak Pon namanya , kami pekena masak asam pedas ikan sembilang ( fuhh...mmg feveret aku tu )  , telur dadar dan kicap manis cap udang aje...3 kombinasi yg terbaek kalau korang mkn asam pedas...klu nak tau betapa kicknya , cuba la buat?!

selesai  makan , kami tak balik ke rumah , terus ke bandar Muar utk amik baju yg siap ditempah...ala , baju basahan ke opis aje...pas tu , terus makan lagik utk dinner pulak....mmm...giler punya makan bila dok kampung ni..huhuhuhu


asam pedas ikan sembilang...best dan sedap!!

veiw di hadapan kedai...deretan bot-bot nelayan di Parit Jawa ,Muar
parking depan kedai coz dah lapar sgt dah gamaknya...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved