Rabu, 12 Jun 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


HUJAN DAN PETIR <b>DI PASIR GUDANG</b> ~ MSSM Bola Sepak

Posted: 04 Jun 2013 11:36 AM PDT

           PTPS MSSM EN.JAILANI MELIHAT KEADAAN PADANG SELEPAS HUJAN LEBAT
                                                           
HUJAN DAN RIBUT PETIR MENYEBABKAN PERLAWANAN DITUNDA.

MESYUARAT POST MORTEM PTPS BOLA SEPAK

4 Bangla ada IC cuba buang undi <b>di</b> Parlimen <b>Pasir Gudang</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2013 07:07 PM PDT

(Oleh Mohd Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 14 MEI: Calon KEADILAN Parlimen Pasir Gudang, Dr Ahmad Faidhi Saidi mendedahkan wujud pengundi asing yang ada kad pengenalan (IC) dan melayakkan mereka mengundi seperti warganegara Malaysia.

Beliau berkata, 'pengundi' itu ditangkap oleh ejen Tempat Mengundi (PACA) ketika dikesan cuba datang ke tempat mengundi untuk membuang undi.

Dr Ahmad Faidhi Saidi3"Empat warga Bangladesh ditahan ketika datang ke tempat mengundi. Di beberapa tempat mengundi lain pun ada. Semua diserah kepada polis untuk tindakan," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor itu.

Selain itu, beliau berkata, dakwat kekal yang mudah luntur apabila dicuci juga  punca berlaku penipuan apabila ada pengundi mengundi lebih sekali.

"Jumlah pengundi ialah 101,000 orang, agak sukar untuk kita mengesan pengundi yang sama kerana bukan semua orang kita kenal.

"Tetapi berdasarkan kepada maklumat, memang ada ambil kesempatan mengundi lebih sekali menggunakan kaedah licik," katanya kepada Keadilan Daily.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52036

Calon KEADILAN mahu pastikan ada hospital kerajaan <b>di Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 12:17 AM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

PASIR GUDANG 15 APRIL: Berkhidmat sebagai doktor bukan penghalang kepada calon KEADILAN Pasir Gudang, Dr Faidhi Saidi untuk memastikan harapan rakyat setempat untuk memperoleh rawatan kesihatan di hospital kerajaan tercapai.

Dengan iltizam supaya hospital kerajaan dibina di Pasir Gudang selepas memenangi pilihan raya umum nanti, Faidhi berkata, kesihatan dan keselamatan rakyat bawahan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemimpin kawasan.

Dr Ahmad Faidhi Saidi3"Sebagai bekas doktor, saya akan pastikan pembinaan hospital kerajaan di Pasir Gudang supaya rakyat tidak terbeban untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Kalau ikutkan senarai pemilih, Parlimen Pasir Gudang mempunyai 106,000 pengundi, dicampur golongan kanak-kanak dan remaja boleh cecah 300,000 penduduk. Tapi satu hospital kerajaan pun tak ada," katanya kepada Keadilan Daily.

Faidhi juga menjamin penduduk tidak akan terdedah kepada pencemaran berikutan Pasir Gudang merupakan kawasan perindustrian.

"Kita bukan sahaja tawarkan perkhidmatan kesihatan yang baik, ubat-ubatan berkualiti, malah menjamin kesihatan rakyat supaya tidak terdedah kepada ancaman bahaya akibat kualiti udara sekitar kawasan perindustrian.

"Saya pasti rakyat terkesan dengan tawaran ini kerana sepanjang pertemuan, penduduk menerima baik tawaran kita," kata doktor yang berkhidmat selama 21 tahun itu.

Tambahnya, gerak kerja jentera yang kuat daripada peringkat akar umbi sangat dihargai demi memastikan kemenangan KEADILAN.

"Di Pasir Gudang, tiga bilik gerakan utama telahpun beroperasi untuk memudahkan gerak kerja jentera dalam tempoh berkempen.

"Risalah penerangan juga sudah diedar dan 2,000 bendera telah dipasang. Walaupun ada bendera yang dibakar dan dibuang penyokong Umno, kita yakin rakyat tahu menilai untuk memilih," kata Faidhi yang pernah dicalonkan di Parlimen Sri Gading pada PRU 2004.

Mengulas lanjut, Faidhi berkata, potensi menang cerah walaupun jika terpaksa berdepan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang disebut-sebut antara calon bakal Menteri Besar Johor untuk BN.

"Pasir Gudang kawasan campuran meliputi 49 peratus Melayu, 38 peratus Cina manakala India serta Sabah Sarawak 12 peratus.

"Generasi di sini juga tidak terlalu tua dan terlalu muda. Kawasan di sini juga tiada kampung tradisi, tetapi kebanyakannya kawasan taman, itu pun ada 10 kampung setinggan sahaja, jadi kita kategorikannya sebagai 'semi urban'.

"Kerjasama dengan dua komponen parti DAP dan PAS juga kuat dan saling bantu membantu, sebab itu semangat untuk peroleh kemenangan tinggi," jelasnya.

Pada PRU 2008, calon BN, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi 35,849 undi berbanding calon KEADILAN, Mohd Rizan Mohd Saman yang menerima undi 18,568. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50432

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads