Sabtu, 22 Jun 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Jerebu: Muar dan <b>Pasir Gudang</b> catat kualiti udara Bahaya ABN <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2013 03:35 AM PDT

Keadaan jerebu di Pasir Gudang, Johor yang dikategorikan paras bahaya. Gambar ini dirakam oleh @saniprakang yang dikongsi di laman Twitter.

Keadaan jerebu di Pasir Gudang, Johor yang dikategorikan paras bahaya. Gambar ini dirakam oleh @saniprakang yang dikongsi di laman Twitter.

SUBANG JAYA – Selepas Muar, kawasan Pasir Gudang pula mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) Bahaya atau peringkat Merah pada bacaan setakat 5 petang tadi.

IPU di Pasir Gudang naik mendadak kepada 333 berbanding hanya 199 pada 11 padi dan 191 pada 7 pagi.

Bagaimanapun bacaan IPU bagi Muar tidak dinyatakan dan laman web Jabatan Alam Sekitar sekadar meletakkan tanda #.

Bacaan IPU di Muar pada 11 pagi ialah 383 dan 337 pada 7 pagi.

Ia menyaksikan sebanyak 211 buah sekolah di Muar ditutup mulai petang ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga memaklumkan, semua sekolah di Muar dan Ledang akan ditutup selama dua hari kerana jerebu tebal.

Keadaan jerebu di Muar, Johor yang turut dikategorikan Bahaya atau Merah.

Keadaan jerebu di Muar, Johor yang turut dikategorikan Bahaya atau Merah.

Berdasarkan pekeliling Kementerian Pendidikan, semua sekolah di Pasir Gudang perlu ditutup kerana telah mencatatkan bacaan IPU melebihi 300.

Sementara itu, keadaan jerebu di kawasan lain juga makin memburuk pada 5 petang dengan bacaan IPU meningkat berbanding sebelah pagi.

Ia melibatkan empat kawasan iaitu Larkin Lama, Kota Tinggi, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka dengan semua kawasan mencatatkan bacaan IPU Jingga atau Sangat Tidak Sihat.

Bacaan di Kota Tinggi setakat 5 petang ialah 291, Larkin Lama 219, Bandaraya Melaka 150 dan Bukit Rambai 129.

RESTORAN SELERA SAMBAL, <b>PASIR GUDANG</b>, JOHOR

Posted: 20 May 2013 10:41 PM PDT

Ade 4 restoran di sepanjang Jalan Pengkalan 5 ni yang specialise masakan ayam penyet. Semua nye sedap2 dan semua nye padat bila lunch time!! Dulu saya dah post entri Mak Nyai Cafe (klik sini) tapi kali ni nak cakap pasal Restoran Selera Sambal pulak. Dua2 ni dok sebelah menyebelah jer...gaduh tak gak nye??....kau curik customer aku, aku curik customer kau...haha!

Hari tu pergi dengan member2 try ayam dan lele je tapi dia punya daging penyet gerenti best giler. Kalau datang masa lunch jangan la lewat nanti penuh meja tau..mengidam pulak kang.

Tempat nye selesa, luas dan service very good.

So apa lagi tunggu2.....jommmmmmm terjah Selera Sambal pulak!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads