Sabtu, 15 Jun 2013

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Rebat RM200 SKMM <b>di Skudai</b> | Banatly.com

Posted: 28 May 2013 12:18 AM PDT

skmm

A day before election yang lepas, handphone saya hilang. Itu pun masa tengah sibuk uruskan bilik yang akan digunakan oleh para pengundi warga emas. Saya tak sure either hilan atau misplace. tapi disebabkan handphone amat diperlukan dan kuasa connection amat mempengaruhi kehidupan saya yang sibuk, saya terpaksa beli yang baru.

Smartphone yang hilang tu adalah phone yang saya sangat sayang sebab dia murah dan ada touchscreen dan keypad, namely galaxy chat. sekejap je phone ni keluar sebab orang kedai kata "tak in" dengan gaya orang sekarang. Nampaknya gaya saya sungguh zaman purbakala. Tapi yes, saya prefer smartphone yang ada kedua-duanya sebab jari saya dah tak selesa gunakan fuly touch screen ni.

A day after kehilangan phone, saya terus ke celcom dan dapatkan semula simkad dan nombor telefon yang sama. Hamdulillah hanya RM5 diperlukan untuk tujuan ini. Saya risau juga kalau-kalau saya kena tukar nombor lain sebab mempunyai nombor lain adalah ibarat berpindah ke rumah lain dan melupakan jiran-jiran lama secara terpaksa.

Misi pencarian handphone bermula dan bajet tentulah menjadi keutamaan. Disebabkan belum cukup bajet masa tu, saya telah pun membeli sebiji handphone basic untuk memudahkan saya. Bukan smartphone. Waktu tu saya ada bercadang juga kalau-kalau saya perlu melupakan terus niat untuk memiliki smartphone sebab dekat rumah ada lappy dengn wifi connection.

Tapi, yes. sehari dua boleh tahan. Masuk hari ketiga saya macam jadi cacing kepanasan sebab smartphone amat membantu saya menguruskan kualiti kehidupan. Kerana:


a) everyday saya check email. either untuk tujuan mengajar, belajar dan kerja2 NGO yang dah jadi sebahagian dari hidup saya.
b) Al-Mathurat apps sangat diperlukan pagi dan petang.
c) Al-Quran apps especially yang ada tafseer sebab bila saya duduk sorang-sorang tunggu mama atau apa-apa urusan, saya suka baca tafseer sebab dia macam storybook.
d) My days apps which is sangat membantu kita wanita untuk mengurusan period chart kita. Keselaluannya sangat tepat.
e) Eyyy dan banyak tak terkata especially part melayari internet sebab anak murid saya suka tanya soalan advanced.
f) Pengurusan kewangan etc etc

Jadi, misi pencarian smart phone pun bermula. Isi form rebat 200 di page ini tetapi atas kebijaksanaan sendiri, terlupa print. Tunggu dekat email tak dapat-dapat link yang mengatakan permohonan berjaya. So, berusaha dengan gigih,googlee here and there, hamdulillah terjumpa link yang sangat membantu.

So, kepada sesiapa yang memunyai nasib macam saya, which is:
a) terlupa print rebat
b) dalam masa yang sama tak dapat email yang akan beri direct link tentang permohonan kita, sila klik sini dan gantikan nombor yang belakang sekali tu dengan nombor kad pegenalan masing-masing. Tapi sebelum tu make sure dah daftaar lah ye.

Okay. Macam anda semua, mesti sangat buntu kan nak cari kedai yang terima SKMM. Saya pun dah google dan cari kedai-kedai yang terima SKMM ni especially area skudai tapi menghampakan. Pernah juga bila balik kuliah dari UTM, saya cuba cari di JUSCO Taman Universiti. Tapi yang ada hanya NOKIA which is saya dah lama boikot sebab mereka salah satu penyumbang terbesar Israel dalam menawan Palestin.

130102ninetology1

Jadi petang tu, rezeki saya terjumpa dengan kedai DIGI di BESTMART Skudai. Satu-satunya kedai telefon yang terima rebat RM200 di bestmart. Ahamdulillah, smart phone dengan OS android boleh didpati dengan harga RM 99, RM 199, RM299 dan RM399 bagi smartphone jenama ninetology (was known as CSL) milik Malaysia. Yang membezakan hanyalah android version dan saiz skrin.

Anda hanya perlu beri
1) kertas yang anda print tadi,
2)kad pengenalan dan
3) kad pelajar bagi mereka yang mendaftar atas tiket pelajar. Sayalah tu, mujur bawa kad metrik.

Biasalah kita ni, kalau tengok barang murah (murah sangat untuk sebuah smartphone), dengan jenama yang macam kenal tak kenal, ditambaah pulak buatan Malaysiaa, mulalah nak pandang rendah. Tapi disebabkan spec dia buat saya agak jatuh cinta, saya pun belilah yang RM299 tu dengan hati biasa tiada bunga-bunga. Macam kena kahwin paksa macamtu.

Sampai rumah, charge dan pakai masyaAllah, sungguh proud i tell you menjadi rakyat Malaysia sebab ada phone canggih di dalam tangan dan berkualiti dan murah. Terus hati berbunga warna warni serta haruuum. So far, masa pakai never hang. Kamera belakang 5mp. depan err tak tau. Cuma mungkin isu di sini ialah ketahanan bateri.

So kat sini, ada disediakan sekali review dari orang lain. Semoga membantu anda membuat keputusan untuk membeli smartphone yang bersesuaian.

i9400

Ini pula spec bagi telefon ini, Ninetology Black Pearl II i9400 Smartphone.

spec

So, bagi sesiapa yang nak merasa pakai smart phone dengan harga yang berpatutan, berkualiti bolehlah beli phone ini. Seriously, walaupun saya pernah pakai phone buatan china sebelum ni, tapi perasaan memakai phone buatan malaysia ini tidak setaraf dengannya. dan anda pun takkan menganaktirikan phone ini dengan samsung kerana kualitinya sama. Serious. Android pula version jelly bean. Build in storage 2.0 so nanti tambahlah sendiri memory card.

Oky, bagi penduduk Skudai, ayuh belilah smart phone Ninetology buatan Malaysia ini dengan rebate RM200 tu. Mari ke Kedai Telefon DIGI Bestmart (berdepan dengan hwa tai/ belakang tempat jual CD/ sebelah kedai avon)

Ingat, jangan pergi tanpa membawa 2 atau 3 perkara yang saya mention kan tadi. Seriously mereka tak akan layan.

|| Always have faith to Allah ||

Hazwani Mohd Dah,
A murobbiah by profession,
A full time dae'i by chance.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads