01 di batu pahat - Google Blog Search |
- Rakaman video ceramah Blackout 505 Anwar Ibrahim <b>di Batu Pahat</b> <b>...</b>
- Jerebu tutup sekolah <b>di Batu Pahat</b>, Pasir Gudang ABN News | BM
- GEMPAR BERAPI: Warung <b>Di Batu Pahat</b> Ni Berniaga Teh O 15 <b>...</b>
Rakaman video ceramah Blackout 505 Anwar Ibrahim <b>di Batu Pahat</b> <b>...</b> Posted: 16 Jun 2013 08:03 PM PDT |
Jerebu tutup sekolah <b>di Batu Pahat</b>, Pasir Gudang ABN News | BM Posted: 20 Jun 2013 08:10 AM PDT JOHOR BAHRU – Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai esok. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Mohd Nor A Ghani berkata, selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti hari ini, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian. "Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu," katanya di sini hari ini. Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang tadi iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum diperoleh. Bagaimanapun, bacaan IPU di daerah itu, yang merangkumi kawasan Muar, pada sebelah pagi ialah 383. Sehubungan itu, pelajar di 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti mulai hari ini. Sementara itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd Adny Ahmad berkata penerbangan beberapa pesawat terpaksa dijadual semula. "Kami tidak menerima amaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) namun jerebu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dijadual semula," katanya. Beliau juga berkata keutamaan kini adalah untuk meminimumkan kesulitan rakan kongsi syarikat penerbangan itu dan pelanggan mereka. – Bernama |
GEMPAR BERAPI: Warung <b>Di Batu Pahat</b> Ni Berniaga Teh O 15 <b>...</b> Posted: 01 Jul 2013 08:00 PM PDT BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini. Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan. "Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum. "Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang 'special' di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air. "Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut. "Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan. "Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini," katanya. Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas. Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan. Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera. "Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan menindas pelanggan lain pula," katanya. Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit. |
You are subscribed to email updates from di batu pahat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan