01 di kukup - Google Blog Search |
SMKSK CEMERLANG <b>DI</b> NRC 2013 [PERINGKAT <b>...</b> - SMK Sri <b>Kukup</b> Posted: 08 Jul 2013 08:23 AM PDT Pada 3 hb Julai 2013, Kelab Robotik SMKSK dengan kerjasama Panitia Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan Rekacipta telah menghantar 3 pasukan pelajar bagi mewakili sekolah dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan 2013 Peringkat Negeri Johor bertempat di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Kategori yang disertai dalam pertandingan itu ialah Kategori Biasa [Menengah Atas]: Komodo Island. Meskipun gagal mendapat anugerah utama namun salah satu pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat ke 7 daripada 92 pasukan yang bertanding dalam kategori yang sama. Sehubungan dengan itu, 3 orang peserta dari SMK Sri Kukup telah mendapat Sijil Kecemerlangan Robotik atas pengiktirafan kepada prestasi yang cemerlang dalam pertandingan tersebut. Pelajar yang dimaksudkan ialah: 1. MUHAMMAD NUR HIDAYATULLAH BIN MOHD FAISOL [5 PERMATA] Kelab Robotik SMKSK ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan dan terima kasih khas kepada semua guru yang terlibat khususnya Cikgu Zaki Faisal, Cikgu Nur Akmal dan Cikgu Hjh Muslihah. Sesi latihan sebelum pertandingan Sesi latihan sebelum pertandingan Laporan oleh Cikgu Indrawati binti Tumudi [Guru Penasihat Kelab Robotik SMKSK] |
You are subscribed to email updates from di kukup - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan