01 di mersing - Google Blog Search |
Updated :Tragedi Maut <b>Di Mersing</b> - AKAK DIBALIK PINTU Posted: 24 Apr 2013 06:38 AM PDT Tiga beranak maut kereta bertembung lori tunda MERSING 24 April - Tiga beranak maut, manakala seorang cedera ringan selepas kereta Proton Saga yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori tunda di Kilometer 33, Jalan Mersing-Kota Tinggi di sini hari ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zulkepli Hashim berkata, ketika kejadian Abdul Razak yang merupakan seorang guru dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Pantai di sini selepas tamat mengikuti kursus. "Siasatan awal mendapati kereta yang dipandunya yang datang dari arah Johor Bahru dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tunda berkenaan. "Mayat tiga beranak berkenaan telah dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat, manakala mangsa yang terselamat kini menerima rawatan lanjut di hospital sama," katanya. Zulkepli memberitahu, pemandu lori tersebut bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital tersebut. Mersing: "Kali terakhir saya bertemu empat mangsa tiga hari lalu, apabila arwah anak membawakan nasi dan tomyam untuk makan malam bersama sebelum memberitahu mereka semua akan ke Johor Bahru. "Bagaimanapun, saya tidak menyangka itu kali terakhir saya menemui arwah anak dan dua daripada tiga anaknya sebelum mereka terbunuh dalam kemalangan," kata Noriyah Imman, 79, ibu Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu Abd Razak Pid, 44, yang maut bersama dua anaknya dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 4 petang itu, Proton Iswara dipandu Abd Razak bersama tiga anaknya, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11 dan Alimul Helmi, 9, dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Mersing sebelum dipercayai hilang kawalan lalu bertembung sebuah trak tunda. Akibat pertembungan itu, Abd Razak yang juga duda, Adibah dan Afiqah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Alimul Helmi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan kecemasan. "Saya tidak sangka itu makan malam terakhir kami ketika dia datang ke rumah saya di Taman Sri Pantai, dekat sini, sebelum mereka maut dalam kemalangan itu. Ketika itu, arwah anak hanya memaklumkan akan ke Johor Bahru untuk menghadiri kursus ditemani tiga anaknya itu. p/s:umtuk makluman jenazah cikgu Razak dan anaknya akan dikebumikan esok pagi dan akan disembahyangkan di Surau Taman Sri Mersing pada jam 8 pagi. |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan