ads

Rabu, 31 Julai 2013

01 di muar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di muar - Google Blog Search


Kualiti udara <b>di Muar</b>, Cheras pula merosot ABN News | BM

Posted: 22 Jul 2013 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR – Muar dan Cheras mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat petang ini, menjadikan jumlah keseluruhan lima kawasan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawangnya, sehingga 4 petang ini, IPU di Muar mencecah 102 manakala Cheras 117.

Tiga kawasan lain yang mencatat kualiti udara tidak sihat ialah Bukit Rambai (122), Bandaraya Melaka (101) dan Banting (111).

Sementara itu, kualiti udara di Nilai dan Pelabuhan Klang menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 97 dan 93, diikuti Port Dickson dan Seremban dengan 83.

Sebanyak 27 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana manakala 11 kawasan masih memiliki kualiti udara yang baik, kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pagi tadi, memaklumkan jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlaku untuk tempoh singkat, susulan perubahan corak tiupan angin. – Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved