Sabtu, 6 Julai 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Lelaki maut dalam kemalangan <b>di Muar</b> ABN News | BM

Posted: 26 Jun 2013 06:57 AM PDT

MUAR – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Parit Besar, Jalan Temenggung Ahmad, Muar, di sini malam tadi.

Mohd Aidel Othman, 24, dari Parit Payung, dekat Parit Bakar di sini dijumpai tercampak sejauh empat meter di tepi jalan dan disahkan mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Kemalangan pada pukul 9 malam itu turut menyebabkan pemandu dan seorang penumpang kereta Produa Myvi cedera ringan, kata Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob.

Beliau berkata ketika kejadian, penunggang motosikal itu dalam perjalanan ke bandar ini manakala kereta terbabit dari arah bandar Muar ke Parit Jawa.

"Kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads