ads

Selasa, 9 Julai 2013

01 di pagoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


5S IKBN <b>PAGOH DI</b> ANUGERAHKAN 3 BINTANG (EMAS)

Posted: 13 Jun 2013 08:15 PM PDT

Ditulis oleh Yusoff   
Jumaat, 14 Jun 2013 11:15

 Johor Bahru, 12 JUN 2013 - IKBN Pagoh berjaya melakar sejarah tersendiri selepas dianugerahkan 3 bintang (Emas) dalam konvensyen QE/5S yang diadakan di The Zon Regency Johor Bahru. Konvensyen selama 2 hari ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu QE/5S dan ICC.

 Penyertaan ini merupakan kali pertama bagi IKBN Pagoh dalam konvensyen anjuran MPC Wilayah Selatan. Kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang ahli ini terdiri daripada ketua zon dan juga ahli jawatankuasa induk 5S. Di dalam konvensyen ini, kumpulan mempersembahkan hasil-hasil inovatif dan kreatif hasil janaan idea bersama kakitangan IKBN Pagoh.

Sememangnya penyertaan kali ini memberi banyak maklumat terkini kerana, IKBN Pagoh bertanding dikalangan agensi yang pernah menjuarai peringkat kebangsaan. Antara fokus utama pihak juri adalah impak mengenai aktiviti 5S di IKBN Pagoh.

Diharapkan penganugerahan ini dapat menjadi pembakar semangat warga IKBN Pagoh agar budaya 5S menjadi amalan setiap masa di IKBN Pagoh.

LAST_UPDATED2

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved