01 di pengerang - Google Blog Search |
Roketkini.com >> NGO minta Taiwan batal projek <b>di Pengerang</b> Posted: 18 Jul 2013 01:57 AM PDT PENGERANG, 18 JULAI: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pengerang hari ini menyerahkan surat rayuan meminta Presiden Republik Rakyat China (ROC), Ma Ying Jeou menangani beberapa isu berkaitan pembinaan kilang petrokimia oleh Syarikat Kuokuang Petrochemical Technology dan meminta pihak Taiwan membatalkan projek di Pengerang itu. Wakil NGO Pengerang terdiri daripada Pengerusinya, Anis Afida, Bendahari, Chua Peng Siang ,Setiausaha Seng Siew Ping dan Liew Yen Hean (wakil Pengerang) menyerahkan suratb aduan itu kepada Ma Ying kira-kira jam 9.30 pagi. Empat pemerhati juga telah pergi ke Taiwan berhubung perkara ini. Mereka ialah ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin, Ee Chin Li (ADUN Tangkak), Chua Wee Beng (ADUN Bentayan) dan wakil PAS Johor, Mazlan Aliman. Wakil dan ADUN juga mengadakan lawatan ke Daerah Yunlin, Taiwan untuk memahami isu dan masalah yang dihadapi penduduk tempatan selepas kilang perengkahan nafta dibina, pada pertengahan 1990an. Mengenai pelaburan Kuokuang di Pengerang, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, beliau cuba menekankan bahwa pihak yang bertanggungjawab terhadap penyediaan DEIA seharusnya merujuk balik kepada laporan yang ditulis Profesor Jhan,Jhang-Cyuan dari Pusat Pengajian Kesihatan Awam, Universiti Nasional Taiwan. Katanya, pihak pelaburan seharusnya menjelaskan mengapa projek itu dibatalkan di Taiwan dan dipindah pula ke Malaysia. "Kerajaan perlu menjelaskan mengapa satu projek yang akan menyebabkan seluruh populasi Taiwan hilang nyawa sebanyak 23 hari boleh diteruskan di Malaysia. Dfahamkan projek Kuokuang yang akan dibangunkan di Pengerang adalah 1.5 kali ganda skalanya di Taiwan. "Ini bermakna kerajaan ingin mengorbankan nyawa rakyatnya selama 34.5 hari untuk pembangunan itu walaupun isu alam sekitar sudah diketahui media bahasa mandarin, namun ia kurang mendapat liputan media bahasa lain menyebabkan kebanyakan masyarakat tidak memahami isu itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Er Teck berkata, beliau bekerjasama dengan tiga ADUN dari Johor untuk menterjemahkan laporan yang ditulis oleh Profesor Jhan dalam bahasa Malaysia supaya masyarakat boleh memahami dan mengkaji isu ini secara akademik dan saintifik. Tiga ADUN terbabit ialah Tan Hong Pin (Mengkibol), Ee Chin Li (Tangkak) dan Yeo Tung Siang (Pekan Nenas) yang menganggota pasukan terjemahan akan dibantu oleh empat penterjemah. "Mereka yang berminat mamahami isu itu, boleh memuat turun blog saya, http://erteckhwa.blogspot.com.. Sekiranya terjumpa apa-apa kesalahan, sila maklumkan saya melalui emel di [email protected]," katanya.-Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan