Selasa, 2 Julai 2013

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Undi PKR melonjak naik <b>di Pontian</b> | ibn_bacoks

Posted: 10 May 2013 05:47 PM PDT

Rumah > Uncategorized > Undi PKR melonjak naik di Pontian

image

PONTIAN – Datuk Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian
telah menerima tamparan hebat dek penangan calon muda PKR, Haniff Hosman dalam Pilihan raya Umum (13) baru-baru ini.

Menurut Haniff yang juga Naib Ketua AMK negeri, beliau bangga kerana undi yang diraihnya meningkat berbanding PRU 12 dahulu.

"Walau tewas tetapi, saya rasa amat bangga dengan kebangkitan warga Pontian pada PRU kali ini, dengan jumlah undi yang meningkat hampir sekali ganda.

"Buat pengundi PKR yang berjumlah 14,077, saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda.

"Undi kita untuk perubahan dan usaha murni ini akan berterusan. Saya yakin dan percaya sebanyak 14077 warga Pontian ini amat inginkan perubahan untuk masa depan rakyat. Tahniah sekali lagi kerana memberi saya harapan untuk berjuang demi rakyat serta warga pontian.

"UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH. Pertahankan Hak Rakyat!," katanya dalam satu kenyataan.

Sekolah <b>di</b> Pasir Gudang, <b>Pontian</b>, Kota Tinggi dibuka esok ABN <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2013 03:47 AM PDT

JOHOR BAHRU – Sebanyak 300 buah sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula  esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit bertambah baik. 

Pengarah Pelajaran negeri, Mohd Nor A Ghani berkata, pejabat pelajaran daerah dan pengurusan sekolah telah diminta memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya 187, 590  pelajar terbabit kembali bersekolah seperti biasa.

Beliau turut menasihatkan pelajar khususnya yang mempunyai penyakit asma atau jantung agar memakai topeng hidung dan mulut.

Walaupun sesi persekolahan dibuka semula, aktiviti di luar kelas masih tidak dibenarkan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, arahan bercuti bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 masih belum ditarik balik.

Arahan tersebut turut dipanjangkan kepada 171 sekolah kebangsaan dan 40 sekolah menengah di daerah Muar dan Ledang membabitkan 76,400 pelajar serta 6,846 guru berikutan pengisytiharan darurat jerebu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. – Bernama

CATATAN SI MERAH SILU: Jejak Bugis <b>di Pontian</b> - Muzium Bugis <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 09:02 AM PDT

Ahad 16 Jun 2013. Pemandangan dalam rumah selepas bermalam di sebuah homestay di pinggir bandar Pontian atau Pontian Kechil. Adapun selepas meninggalkan rumah saudara di Parit Betak petang Sabtu kami terus menuju ke sini. Menariknya, Pontian Kechil adalah bandar terbesar dalam daerah Pontian sedangkan berdekatannya ada pekan Pontian Besar yang jauh lebih kecil. Rupa-rupanya nama Pontian Kechil itu merujuk kepada sungai yang terdapat di bandar, Pontian Besar pula nama sungai di pekan. Memang Sungai Pontian Kechil lebih kecil dari Sungai Pontian Besar...

Tengah hari baru kami keluar untuk berjalan-jalan. Lalu di hadapan pejabat pos mengingatkan bahawa datuk saya sebelah ibu, Ismail bin Hussin bin Daeng Betak pernah bertugas di sini tahun 1960an kalau tak salah. Semasa itu ada beberapa orang adik-beradik ibu, 4 orang yang paling bongsu kalau tak salah pernah duduk bersama di sebuah kuarters kerajaan sepanjang datuk berkhidmat di sana 2 tahun gitu.

Pergi pula berehat di tepian pantai tidak jauh dari pejabat pos...


Angin sepoi-sepoi bahasa dan keredupan di bawah pokok menghadap pantai membuat adik-beradik ibu seronok dan leka berbual-bual mengenangkan hal-hal lama. Kalau tidak kerana ada tempat lagi mahu dijejaki mahu sahaja mereka terus leka.

Perjalanan diteruskan jam 1.

Destinasi kami adalah Muzium Bugis di Pantai Rambah, satu tempat yang saya sendiri baru pertama kali sampai.

Sebelum ini saya pernah sampai ke Muzium Bugis yang lebih lama di Teluk Kerang, tidak berapa jauh dari sini.


Pemandangan Pantai Rambah di luar muzium. Kami berada di sini dekat sejam juga.

Perjalanan diteruskan lebih jauh ke selatan.

Singgah makan tengah hari di sebuah kedai Melayu di pekan kecil Serkat.

Kemudian solat di masjid berdekatan. Saya solat atas kerusi di halaman pun boleh...


Selepas itu baru masuk ke destinasi seterusnya...

Tanjung Piai, bahagian paling hujung tanah besar benua Asia!

Teringat ketika pertama kali sampai penghujung 2009. Ketika itu isteri baru 39 hari gitu melahirkan anak lelaki kami Muhammad Al-Aminul Rasyid lalu saya tergerak untuk membuat perjalanan jauh pusing tanah air belah selatan. Ketika itulah saya baru dapat tahu tentang kewujudan Parit Betak, satu perkara yang akan membawa saya untuk menjejak saudara-mara di sana suatu hari nanti. Lihat artikel lama Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan.... Ah... bila membaca balik artikel itu baru saya tersedar. Sebenarnya saya pernah sampai ke Tanjung Piai sekali tahun 1996. Ketika itu saya dalam perjalanan bermotosikal besar solo pusing seluruh Semenanjung, memakan masa lebih sebulan.
 
Apapun saya sampai bersama keluarga tahun 2009 waktu malam lalu menginap di pusat peranginan atas laut ini. Lihat artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Pontian di siang hari.... Siangnya saya terus berjalan kaki pusing merata pusat peranginan sampai ke bahagian paling hujung atas laut. Kali ini, disebabkan kecederaan kaki, cukuplah saya sekadar duduk menikmati pemandangan dari ruang legar ataupun lobi.
 

Selepas puas melihat Tanjung Piau satu kereta dari kumpulan kami berpecah untuk mengambil lebuh raya PLUS dari Simpang Renggam lalu terus meluncur ke Lembah Klang. Tinggal 3 buah kereta kembali ke homestay untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan naik ke utara melalui jalan lama ke Batu Pahat kemudian Muar. Di Parit Jawa kami sempat makan malam asam pedas istimewa sebelum berehat di rumah ibu bapa di Kampung Temiang. Hampir 1 pagi baru saya dan isteri membawa anak-anak meninggalkan Muar untuk kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads