Khamis, 25 Julai 2013

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Kemalangan Maut Membabitkan Land Rover Polis <b>di Senai</b> - KeZooM

Posted: 03 Jun 2013 01:16 AM PDT

Kemalangan Maut Membabitkan Land Rover Polis di Senai | Satu kemalangan maut yang membabitkan sebuah Land Rover polis telah berlaku malam semalam di Senai Johor.
Menurut sebuah portal, Oh Tidak, kemalangan maut ini dikatakan berlaku di Senai semalam sekitar jam 8 malam ketika salah seorang pembaca portal tersebut dalam perjalanan untuk menonton perlawanan bola antara Johor dan Pahang direstoran mamak berhampiran.
Kejadian brlaku skitar 8.00 mlm. Sy trserempak ketika otw ke kdai mamak melihat bola JDT vs PHG. Kemalangan berlaku di Senai, Johor. Seorang anggota dilihat meninggal dtmpt kejadian. 2 lg cedera parah. Kemalangan membabitkan land rover polis (ketiga-tiga anggota duduk dbhgn blkg) dgn sbuah bas, sebuah kereta, dan sebuah motosikal. Pemandu kereta dan penunggang motosikal maut dtmpt kejadian. Sedih...
Kemalangan ngeri ini telah membabitkan sebuah Land Rover Polis (tiga anggota duduk di belakang), sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Menurut info, salah seorang anggota polis meninggal dunia manakala dua orang lagi cedera parah. Kemalangan ini turut meragut nyawa pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Update dari myMetro, kejadian dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda yang membawa empat anggota polis dan empat suspek hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah bas serta kereta Proton Iswara.


Al Fatihah....buat anggota polis sukarelawan Mohd Amir Fairuz Mohd Sobri, 21, seorang suspek berusia 38 tahun dan warga Indonesia bertaraf penduduk tetap, Rosdi Tukio, 48, manakala lapan individu lain hanya cedera ringan.
http://azizulhakim91.blogspot.com/2013/06/kemalangan-land-rover-polis-di-senai.html
http://www.hmetro.com.my/articles/Nahasbawa4suspek//Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads