di negeri johor - Google Blog Search |
Situasi Semasa Kejadian Penyakit Akibat Jerebu <b>Di Negeri Johor</b> Posted: 20 Jun 2013 12:56 AM PDT Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin memaklumkan Index Pencemaran Udara (IPU) telah menunjukkan peningkatan sejak hari Sabtu (15hb. Jun 2013). Kesemua stesen pemantauan di Negeri Johor telah menunjukkan tahap yang tidak sihat (101-200). Jumlah kedatangan ke klinik pesakit luar disebabkan oleh Upper Respiratory Tract (URTI) telah meningkat sebanyak 21% berbanding dengan minggu sebelumnya. Setakat ini tiada perbezaaan ketara bagi kedatangan harian pesakit luar untuk penyakit Asthma dan conjunctivitis. Golongan yang terlibat adalah dalam linkungan umur 13-59 tahun. Tren penyakit ini dijangka akan meningkat lagi jika paras jerebu kekal di tahap yang tidak sihat . Pendidikan kesihatan yang berterusan diberikan kepada orang ramai melalui risalah-risalah dan hebahan radio. Untuk makluman, keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah iritasi di bahagian hidung, kerongkong dan kadang-kadang di kulit. Ini akan mengakibatkan batuk-batuk, sesak nafas, hidung dan mata terasa pedih dan berair dan kulit badan terasa gatal-gatal. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut. Memandangkan terdapat peningkatan kepada tahap IPU, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
Sekian dan terima kasih. Dr. Mohd Khairi Bin Yakub |
You are subscribed to email updates from di negeri johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan