01 di gelang patah - Google Blog Search |
dato' ghani othman kamikaze <b>di gelang patah</b> <b>...</b> - yong suka kuning Posted: 25 Jun 2013 06:48 PM PDT Dato' Ghani Othman kamikaze di Gelang Patah kerana salah Anwar? Beberapa hari sudah Yong pergi ke kedai seorang kenalan. Dia orang Johor. Memegang keris telanjang. Yong dah lama tak jumpa dia. Marah betul dia pada Anwar Ibrahim. Berkali-kali dia sebut: UMNO sangat kuat di Johor. Tapi Melayu Johor pecah belah kerana Anwar Ibrahim. Dato' Ghani Othman terpaksa pertahankan Gelang Patah, demi maruah Melayu. Lim Kit Siang tu Cina. Singapura dikuasai Cina. Gelang Patah dekat dengan Singapura. Gelang Patah akan jatuh pada Cina, jika DAP berkuasa. SIAPA YANG JUAL MURAH TANAH NUSAJAYA INI PADA CINA? (ST) Cina telah berkuasa di Pulau Pinang. Habis peniaga kecil Melayu tak dapat cari makan di sana. NOTIS INI MENYUSAHKAN PENIAGA MELAYU, KATA UMNO Peniaga Melayu sukar mendapat pinjaman. Akhirnya terpaksa pinjam pada along. Begitulah kata-kata peniaga ini. Jika Dato' Ghani Othman kamikaze di Gelang Patah demi mempertahankan wilayah itu dari "dirampas" oleh Cina (macamle Cina seorang ini bukan rakyat Malaysia), mengapa dikatakan memalukan UMNO Johor? Yong langsung tak setuju dengan pandangan Tan Sri Syed Hamid Albar. Dato' Ghani bertanding di Parlimen untuk menguatkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin di peringkat pusat. Orang yang ditentang Dato' Ghani bukan orang Cina biasa, Tetapi Lim Kit Siang. Jika menang, nama Dato' Ghani dan Tan Sri Muhyiddin akan melonjak di seluruh pelusuk bahagian UMNO. Bukan hanya di Johor, tapi di seluruh Malaysia. Dengan itu mudah untuk Muhyiddin bertindak untuk mengenepikan orang nombor satu - Najib. Serampang dua mata. Dato' Ghani Othman juga dapat memantau apa yang dibuat oleh Robert Kuok dan koncu-koncunya di Nusajaya. Muhyiddin PM. Dato' Ghani Othman Menteri Pendidikan - satu senario yang mungkin terjadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hanya seorang Ketua Pembangkang. Terimalah kekalahan ini sebagai pengajaran dari Allah. Jangan kejam pada Dato' Ghani Othman. Ingat! UMNO kuat di Johor. Tapi, berapa lama PM Johor duduk di persadanya? Pendiknya - UMNO kuat di Johor hanya sebagai ompak (bahasa jawa = pelapik tiang) sahaja. Bukan tiang serinya. Nampaknya Cina yang mengalahkan Dato' Ghani Othman lebih berhati perut: Kepimpinan UMNO telah memuji Ghani se tinggi langit semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila meletakkan beliau sebagai calon parlimen untuk Gelang Patah menentang saya, dan ia adalah yang paling tidak adil dan tidak bersyukur kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk menggugurkan Ghani seperti satu tan bata selepas Ghani gagal mengalahkan saya di Gelang Patah pada 5 Mei pemilihan (baca di sini). Dia hanya seorang wira yang memegang keris karat yang luput tarikh. Maksud Yong keris karat itu yang luput tarikh – bukan Dato' Ghani Othman. Selain kehilangan Gelang Patah, kepimpinan UMNO tidak empati pada kehilangan Dato' Ghani Othman. Begitukah layanan UMNO pada orang yang berjasa seperti Dato' Ghani Othman? Jom ikut Tan Sri Muhammad Taib. |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan