01 di johor bahru - Google Blog Search |
GEMPAR! Pelakon Hollywood kena serang <b>di Johor Bahru</b>....!!! Posted: 31 Jul 2013 02:00 PM PDT Pelakon terkenal Hollywood, Dolph Lundgren yang sering melakonkan watak hero tahan lasak setanding Rambo telah diserang oleh sekumpulan orang jahat ketika beliau berada di Johor Bahru baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau yang tiba di bandar raya itu untuk mencari anak gadis seorang kenamaan yang terperangkap di Johor Bahru. Dalam usahanya menyelamatkan gadis berkenaan Lundgren telah diserang oleh zombie yang memenuhi bandar raya JB! Huh...! Sabau... sabau... Sebetulnya itu ada sedikit jalan cerita filem Battle of The Damned yang dilakonkan oleh Lundgren dengan sesi penggambaran dilakukan sepenuhnya di Johor Bahru. Mengikut jalan ceritanya, penduduk di sebuah negara di Asia Tenggara telah bertukar menjadi zombie kerana pencemaran bahan kimia. Beberapa orang masih terselamat termasuk gadis yang aku maksudkan tadi. Ludgren berusaha untuk mengeluarkan mereka dari negara terbabit dan pada masa yang sama cuba menghapuskan zombie-zombie berkenaan. Haha... Aku rasa filem ini belum ditayangkan di panggung tempatan. Tapi aku dah tengok di Internet. Ceritanya nampak macam mengarut sikitlah. Tapi sebab lokasi pengambarannya di Malaysia, maka aku layan sajalah. Pada mulanya aku tak tahupun ia dibuat di Johor Bahru. Aku sangka di KL atau Lembah Klang. Sebab mereka menggunakan shot-shot dekat. Jadi tak nampak keseluruhannya. Tapi diakhir cerita dimaklumkan lokasi pengambaran dibuat di JB. Malahan produksi Hollywood ini juga banyak menggunakan tenaga krew tempatan. Tahniah! Ini thriller filem Battle of The Damned: |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan