Sabtu, 31 Ogos 2013

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


JAJ kesan lebih 1,000 pengikut Syiah <b>di</b> JB, <b>Kluang</b> - Utusan Online

Posted: 20 Aug 2013 12:45 AM PDT

NUSAJAYA 20 Ogos - Jabatan Agama Johor (JAJ) mengesan kewujudan lebih 1,000 pengikut Syiah di negeri itu dengan kebanyakan mereka bergiat aktif di sekitar Johor Baharu dan Kluang.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata JAJ sedang memantau pergerakan kumpulan itu bagi membendung penyebaran fahaman berkenaan.

"Di Johor Baharu, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (Pas-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Abd Mutalip berkata markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif.

Katanya sepanjang tahun lepas JAJ melaksanakan 18 pemantauan bagi membendung penyebaran fahaman Syiah. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads