Jumaat, 2 Ogos 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran <b>di Kota Tinggi</b> ABN News | BM

Posted: 24 Jul 2013 09:20 AM PDT

Ezza Nurfarhainie Othman, (gambar) dan dua lagi mangsa Maliki Hanie Aziz dan Mahadir Ngapit maut dalam kebakaran petang Rabu di Kota Tinggi. – Gambar Bernama

KOTA TINGGI – Tiga sekeluarga maut sementara dua lagi cedera dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Binjai 4, Taman Kota Jaya di sini.

Identiti mereka yang terkorban hanya dikenali sebagai Maliki Hanie Aziz, Ezza Nurfarhainie Othman dan Mahadir Ngapit.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Suhaimi Abd Jamal ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.04 petang dan sampai di tempat kejadian pada 5.09 petang.

Bagaimanapun apabila dua jentera dengan 12 anggota tiba di tempat kejadian, rumah teres kos rendah setingkat tersebut sudah 90 peratus terbakar, katanya.

Pihak bomba turut menghubungi unit anjing K-9 dari Kuala Lumpur bagi membantu menyiasat punca sebenar kebakaran, katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads