Selasa, 6 Ogos 2013

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


Sejarah dan asal usul <b>di</b> sebalik nama kampungku, <b>Labis</b>, Johor <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 08:01 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar kawan-kawan dan pengunjung blog Ieqa, diharap semuanya sihat-sihat belaka, inshaaAllah. Sekarang ini Ieqa sudah masuk minggu keempat berinternship di sekolah. Overall, alhamdulillah segala yang dirancang berjaya juga dilaksanakan. Cuma, sekarang ini Ieqa tengah bertatih-tatih pula lah nak menaip dan menganalisis dapatan kajian tindakan Ieqa.

Memandangkan sekian lama Ieqa tak meng-update blog Ieqa ni, bukan tak nak, tapi busy bebeno kat sekolah kan, jadinya kali ini Ieqa nak cerita serba sedikit sejarah di sebalik asal usul kampung tercinta Ieqa, iaitu Labis. Nak dengar cerita tak? hehe.. Meh duduk dekat-dekat sini cikgu nak cerita hee..

Kononnya berpuluh-puluh tahun dahulu, Labis belum lagi dikenali sebagai nama 'Labis' sehinggalah menurut cerita orang tua-tua bahawa asal nama tempat ini adalah daripada perkataan 'labi-Iabi'.Pada masa itu kawasan Labis masih diliputi hutan tebal. Binatang-binatang liar masih berkeliaran dan di situ kawasan paya terdapat banyak labi-labi. Labi-labi ialah sejenis binatang yang mempunyai bentuk badan serupa dengan kura-kura dan tuntong.

Menurut cerita daripada orang-orang dahulu, kawasan yang menjadi tumpuan labi-labi ialah Sungai Paya Merah. Pada ketika itu, Sungai Paya Merah ini ditumbuhi sejenis rumput yang berupa seperti pokok tebu kecil setinggi tiga ela. Tetapi yang menghairankan, rumput ini hanya tumbuh di tepi sungai tanah paya itu dan tidak terdapat di tepi sungai lain. Jenis rumput ini telah menjadi makanan kegemaran labi-labi. Anehnya, apabila rumput ini hampir mati layu, ia akan bertukar menjadi warna merah. Selepas layu, ia akan terendam ke dalam sungai, warna merah yang ada pada tumbuhan ini akan meluntur keluar dan mewarnai air sungai menjadi merah seperti darah.daripada sinilah, orang kampung menamakan sungai itu sebagai Sungai Paya Merah dan kampung mereka sebagai Labi-labi..

Kira-kira pada kurun kesembilan belas, orang putih melawat Kampung Labi-labi. Mereka hairan dan terperanjat melihat banyak labi-labi merayap lalu bertanya akan nama binatang tersebut. Penduduk disitu pun menjawab, "Labi-labi tuan," berulang kali. Tetapi pegawai orang putih itu menggelengkan kepala seolah-olah tidak faham.Kemudian, pegawai itu pun berfikir sejenak dan tersenyum, "Labis, oh these are Labis." Pada pendapat orang putih kata jamak perkataan labi-labi dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Labis.

Maka, nama Labi-labi yang digunakan kemudian ditukarkan kepada Labis atas nasihat pegawai Inggeris itu.
Jadi, orang  pun datanglah beramai-ramai membuka petempatan di sekitar paya itu. Sawah padi telah dibuka. 'Rumput merah' yang dikenali oleh penduduk kampung dibersihkan dan labi-labi yang banyak itu kehilangan sumber makanan utama. Selepas kejadian itu, bilangan labi-labi kian berkurangan. Akhirnya labi-labi tidak lagi kelihatan di Labis sehinggalah sekarang.  ( Link )

Haa... syok tak cerita cikgu? Hehe...Kalau nak tau kat atas ini pic mak n ayah Ieqa. Sebagai anak jati Labis, Ieqa bangga sangat sangat jadi orang Labis. Apatah lagi dapat tengok kejayaan anak-anak Labis seperti Imam Muda Nazrul(Imam Muda 2) dan Achey (Bintang Mencari Bintang), bertambah-tambahlah lagi rasa bangganya tau. Harap-harap satu hari nanti Ieqa pun boleh membanggakan kampung Ieqa, Aaaminn..  Apa pula sejarah asal-usul kampung korang? Jom sharing-sharing.. ^_^

katakan like jika best ya!

Serangan <b>Di Labis</b>, Orang Ramai Di Gesa Tidak Panik

Posted: 19 May 2013 12:52 AM PDT

[Penduduk Johor khususnya di Segamat diminta tidak panik dengan insiden serangan yang berlaku di pekarangan Balai Polis Labis kelmarin kerana pergaduhan itu sebenarnya berpunca daripada salah faham antara dua sahabat baik. Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim, serangan yang dilakukan lima lelaki bersenjatakan parang sehingga mencederakan tiga termasuk seorang anggota polis itu tidak mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara kaum atau kumpulan kongsi gelap. Beliau berkata, hasil siasatan lanjut pihak polis, anggota polis dan rakannya dipercayai telah membuat kacau di kedai salah seorang daripada lima suspek pada pukul 3.00 pagi dan 10.00 pagi kelmarin. "Kejadian serangan itu merupakan rentetan daripada dua kejadian tersebut. Malah siasatan juga mendapati anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bakri, Muar itu dahulunya rakan baik kepada salah seorang suspek dan telah berlaku salah faham antara mereka. "Ini merupakan kes terpencil yang melibatkan perselisihan faham antara anggota polis dan orang awam berhubung masalah peribadi dan tiada kaitan dengan ketegangan kaum," katanya semalam]. #sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads