! PUJAH HAERIM !: Jom Ke <b>Pagoh</b> Posted: 16 Aug 2013 05:40 AM PDT Assalamualaikum Hari raya ke-2 pulak, Kami sekeluarga pergi ke Pagoh, Muar. Mak cik pujah ader wat open house kat umah ke-2 die di Pagoh. So, kami pergi 3 kereta, kereta akak satu keluarga dan mak mentua dia, kereta abang (adam, emak, abang adin) dan kereta abah (adik, pujah, akak). Abah xnak ikot, die cakap penat berjalan esok abah dah bekerja. Sampai kat Pagoh pukul 11 Pagi, masa tu mak cik masak laksa johor dan nasi tomato, lepas melahap, kita orang balik pukul 3 petang. Sebelum balik, kami singgah di tanjung emas tengok monyet (huk hak huk hak). [Lepak-lepak tepi tanjung dulu yer - Santai] [Akhirnya sampai ke hujung...Garang juga monyet nie] Pas huk hak huk hak, kami pon gerak balik. Adik ajak balik lalu tol pagoh, tapi 2 kereta lain cakap jauh nak patah balik, so diorang ajak lalu jalan dalam (BAKRI).....nauzubillah.. 2jam kami tersangkut kat situ, dah lah jalan kampung means ader satu lorong jer kat situ. Cadangnyer kami dah pi tangkap ketam malam tu kat Mersing, so ingatkan nak balik awallah, malangnya niat kami tak kesampaian, sampai umah dah pukul 11 malam. Tido je lah. ZZZzzzzzzz. __________________________________________________________________________ Hari raya ke-3, tak ada aktiviti menarik sangat, just nak menunaikan hajat mencari ketam yang terbantut tu jelah. Tu pon tak terlepas, coz pujah dan akak tak dapat nak ikot abang dan adik sebab kene jaga si budak Adam tu (menci r). Sepatutnya, kitaorang pergi berlima, abang din, abang aidil, adik, akak dan pujah. Last-last diornag pergi ber-3 jer. Dapatlah anak-anak ketam besar penumbuk Adam. Buat goreng jer r sedap. Nak buat masak lemak cili api, ko hirup kuar jelah. Secara jujurnya, memang tak puas lagi beraya dengan family, tapi dah kene pulang untuk bekerja. Dan say sorry to my beloved best friend, coz xdapat luangkan masa dengan korang waktu hari raya pertama ritu, ader hal yang tak dapat dielakkan, dan tahun nie pon album raya tok geng kita tak akan berisi sebab gambar xada. Hihihi....Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Gambar lagi .....Cont Terima Kasih Kerana Sudi Baca |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan