Rabu, 28 Ogos 2013

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Wanita UMNO <b>Pagoh</b> sokong Shahrizat - Utusan Online

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

PAGOH 26 Ogos - Kira-kira 10,000 ahli Wanita UMNO Bahagian Pagoh menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil bagi mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO meskipun bakal mendapat tentangan hebat bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat berkata, pergerakan itu masih memerlukan khidmat cemerlang Shahrizat yang disifatkan tokoh sukar dicari ganti.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita Johor berkata, Wanita UMNO telah menjadi jenama terkenal sejak diterajui Shahrizat yang sering membawa idea baharu dalam pergerakan berkenaan.

Idea penubuhan Skuad Sayang, Salam Sayang dan Jalinan Kasih terbukti berjaya memperkukuh parti hingga ke peringkat akar umbi.

Program ini bukan hanya dapat menjaga kepentingan ahli tetapi menjalin hubungan erat antara pelbagai kaum di negara ini," katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wanita UMNO Bahagian Pagoh di Sri Pekembar, di sini hari ini.

Noriah berkata, meskipun Shahrizat seorang yang tegas dalam tugas dan membuat keputusan, namun beliau memiliki sifat keibuan yang kuat dan karakter tersebut membuatkan ahli berasa selesa dengan kepimpinannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads