Khamis, 1 Ogos 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Tinta Asyraf: Kejadian Letupan Kuari <b>Di Pasir Gudang</b> | 1 Maut, 10 <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 08:16 PM PDT

Kejadian Letupan Kuari Di Pasir Gudang | 1 Maut, 10 Cedera | JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, letupan terbabit menyebabkan batu terpelanting sejauh kira-kira satu kilometer sehingga turut terkena kilang serta rumah berhampiran. 
Kejadian turut menyebabkan berpuluh kereta yang diletakkan berhampiran kuari itu rosak dan terkena serpihan batu. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Jamaludin Mohamad , berkata kejadian itu dipercayai berlaku akibat penggunaan bahan letupan yang berlebihan ketika kerja meletup batu dijalankan. 
Katanya, mayat pekerja warganegara Nepal dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, manakala 10 lagi pekerja yang cedera turut dihantar mendapat rawatan di hospital yang sama.




Sumber : Berita Harian dan Sinar Harian
___________________________________________________

Kata Kunci Carian Kejadian Letupan Kuari Di Pasir Gudang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads