01 di pasir gudang - Google Blog Search |
- GEMPAR HUJAN BONGKAH BATU <b>DI PASIR GUDANG</b>
- Iftar <b>di</b> Hotel Selesa <b>Pasir Gudang</b> 2013 | Premium Beautiful by <b>...</b>
- Gambar kesan letupan kuari <b>di Pasir Gudang</b>, 1 maut 10 cedera <b>...</b>
GEMPAR HUJAN BONGKAH BATU <b>DI PASIR GUDANG</b> Posted: 19 Jul 2013 08:14 PM PDT Pasir Gudang: Seorang pekerja kilang maut, manakala 10 lagi cedera akibat 'hujan' bongkahan batu yang terpelanting akibat kerja meletup batuan sebuah kuari di Jalan Bukit 2, Bandar Seri Alam di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengahari di kuari Wat Kuari Sdn Bhd, letupan kuat menyebabkan bongkahan dan serpihan batu terpelanting mencapai kira-kira satu kilometer radius sehingga merosakkan 14 kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Ringan MIEL, kira-kira 500 meter dari situ. LIHAT VIDEO : Kejadian itu juga turut menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit rosak teruk akibat dihempap bongkahan batu. Mangsa yang terbunuh, seorang pekerja warga Nepal berusia 30 tahun mati serta selepas dipercayai dihempap bongkahan batu sebesar pemeluk. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.14 tengah hari yang memaklunkan bahawa sebuah stesen pembahagi tenaga elektrik meletup. "Seramai 37 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dikejarkan ke kawasan. Namun ketika tiba di sini, letupan sebenarnya berpunca daripada kegiatan meletupkan batu kuari terletak kira-kira 500 meter daripada kawasan industri. "Kami dapati, kawasan ini dipenuhi dengan bongkahan dan serpihan batu bertaburan sekitar atas jalan raya dan sekitar dalam kawasan kilang di situ. "Insiden ini menyebabkan seorang pekerja Nepal mati di tempat kejadian akibat terkena batu, manakala 10 lagi mendapat kecederaan tetapi sudah dikejarkan untuk rawatan kecemasan," katanya selepas mengetuai operasi mencari dan menyelamat di kawasan terbabit. LIHAT VIDEO : Mohd Rizal berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua mangsa yang cedera adalah pekerja daripada kilang berdekatan dan pihaknya masih membuat siasatan lanjut berhubung kejadian itu. "Siasatan selanjutnya juga akan dilakukan polis kerana kejadian ini mempunyai hubung kait dengan penggunaan bahan letupan. Bagaimanapun, JBPM mengesahkan keadaan persekitaran di kawasan kuari ini adalah selamat," katanya. SUMBER |
Iftar <b>di</b> Hotel Selesa <b>Pasir Gudang</b> 2013 | Premium Beautiful by <b>...</b> Posted: 25 Jul 2013 03:00 AM PDT Alhamdulillah, 1st weekend di bulan ramadhan, fiza berjaya organize iftar bersama biz partners We had fun sebab masing-masing bawak pasangan serta anak-anak We are not only do the business tapi juga kitorg juga selalu buat aktiviti together Merapatkan silaturahim among ourself gituww Walaupun tak semua yang dapat hadir, tapi dh cukup kecoh di buat nya Kitorg berbuka puasa di Hotel Selesa Pasir Gudang Bayaran seorang hanya RM60 (Adult) and RM30 (Kid between 5-12 years old) Still affordable la price nya. Food memang sedap-sedap and berbaloi dengan range harga nya. Sesekali boleh la bawak family u olls berbuka di sini. Ada kambing golek, burung puyuh goreng rempah, tepanyaki, laksa johor, few melayu dishes, waffle, pelbagai jenis spaghetti yang di masak on the spot depan tetamu, and many more... so let enjoy the picture! Jom be part of my beautiful ladies As you can get RM4500 in early August 2013 Free Trip to Gold Coast, Australia |
Gambar kesan letupan kuari <b>di Pasir Gudang</b>, 1 maut 10 cedera <b>...</b> Posted: 19 Jul 2013 03:06 AM PDT PASIR GUDANG: Seorang maut, manakala 10 lagi cedera ketika kerja meletup batu dijalankan di sebuah kuari di Bandar Seri Alam, dekat sini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, letupan terbabit menyebabkan batu terpelanting sejauh kira-kira satu kilometer sehingga turut terkena kilang serta rumah berhampiran. Kejadian turut menyebabkan berpuluh kereta yang diletakkan berhampiran kuari itu rosak dan terkena serpihan batu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Jamaludin Mohamad , berkata kejadian itu dipercayai berlaku akibat penggunaan bahan letupan yang berlebihan ketika kerja meletup batu dijalankan. Katanya, mayat pekerja warganegara Nepal dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, manakala 10 lagi pekerja yang cedera turut dihantar mendapat rawatan di hospital yang sama. Berita : Bharian |
You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan