Rabu, 14 Ogos 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


TINGGALAN SEJARAH <b>DI</b> KD SULTAN ISMAIL: THE <b>PENGERANG</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2013 05:19 AM PDT

map_location

KD SULTAN ISMAIL merupakan sebuah pangkalan TLDM yang berfungsi sebagai pusat latihan perajurit muda yang telah dibuka pada tahun 2000 dengan nama pusat latihan rekrut TLDM(PULAREK TLDM). Pada tanggal 18 Februari 2005 PULAREK telah di tauliahkan dengan nama KD SULTAN ISMAIL (KDSI). Dengan keluasan 200 ekar, pusat latihan ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti latihan untuk Perajurit Muda TDLM. Walaupun usia penubuhan pusat latihan ini telah melebihi 10 tahun namun mungkin tidak semua rakyat mahupun anggota TLDM sendiri tahu bahawa pusat latihan ini dibina dibawah tapak tinggalan sejarah era Perang Dunia Kedua (World War II).

           Pelan

The Pengerang Coastal Battery merupakan salah satu tinggalan kubu Tentera British semasa Perang Dunia Kedua. Sejarah pembinaan kubu ini bermula sejak tahun 1927 lagi yang mana Lt. Gen. Sir Webb Gillman bersama dua orang pegawai jurutera telah melakukan tinjauan untuk membina kubu pertahanan untuk Singapura. Setelah menghadapi pelbagai tentangan tentang pembinaan kubu ini, ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1939.

Pill Box

Pada Ogos 1941 Pengerang Battery telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi pertahanan kekal Singapura. Kubu ini dilengkapi dengan dua buah meriam enam inci yang berupaya menghadapi serangan dari laut dan meriam ringan sebagai penangkis serangan udara. Kemudahan yang terdapat di kubu ini termasuk tempat simpanan peluru, wisma pegawai, hospital dan bilik jentera bawah tanah.

Bunker

 Tentera British beranggapan Tentera Jepun akan memulakan serangan ke atas Tanah Melayu melalui jalan laut dan mula menguatkan pertahanan kubu ini, namun ternyata anggapan tersebut salah. Kubu ini telah di tawan pada Disember 1942. Berdasarkan catatan daripada Tentera British, kubu ini turut dilengkapi dengan laluan bawah tanah yang menghubungkan semua tempat di sekeliling kubu termasuk laluan ke Bukit Johor atau dikenali dengan Bukit Pengerang.

Escape Tunnel

Akibat terlalu lama ditinggalkan, kubu ini semakin dimamah usia. Walaupun bangunan tinggalan masih lagi tersergam megah, namun kesemua laluan bawah tanah ke Bukit pengerang telah ditutupi oleh tanah dan masih menjadi misteri sehingga hari ini. Kubu-kubu pertahanan masih lagi dapat dilihat sekeliling KDSI namun semua tinggalan telah dipenuhi pokok-pokok renek menutupi bangunan tinggalan ini. Peninggalan ini pernah dibersihkan oleh anggota KDSI bagi program memulihara semua peninggalan ini.

Kredit foto: http://www.razcollection.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads