01 di pengerang - Google Blog Search |
Johor Daily: Jalan <b>Pengerang</b> rosak, Azalina kesal Posted: 12 Aug 2013 11:11 PM PDT Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui kesal apabila pihak yang menyebabkan kerosakan jalan utama di Pengerang enggan bertanggungjawab dalam menaik taraf jalan-jalan tersebut. Beliau menyifatkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang yang sudah beroperasi beberapa bulan lalu itu menjadi punca jalan-jalan tersebut rosak teruk. "Memang masalah utama di Pengerang adalah masalah jalan rosak ekoran projek besar yang sedang beroperasi di sana. "Banyak pihak yang tidak mahu bertanggungjawab untuk menaik taraf jalan dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Beliau juga akui kerosakan jalan bukan saja melibatkan Lebuh raya E22 malah hampir semua jalan di Pengerang. "Kita tahu ini satu isu yang...memang bukan di jalan itu (Lebuh raya E22) sahaja tapi semua jalan di Pengerang mengalami masalah yang sama. "Jalan pecah-pecah disebabkan oleh projek Rapid ini. Kenderaan berat banyak masuk," katanya. Mengulas perkara sama, Azalina turut mengakui turut menerima aduan berhubung keadaan jalan itu daripada penduduk setempat dan perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa. "Memang banyak aduan saya terima dan saya pun sudah maklumkan pada pihak berkuasa tetapi masih belum menerima maklum balas. "Sebab itu saya bersetuju, kita dah bayar tol mahal tapi jalan teruk," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap, pihak yang terlibat dengan projek mega tersebut turut bertanggungjawab untuk membantu menaik taraf jalan-jalan tersebut. "Jika perkara ini dibawa kepada kerajaan Pusat, ia akan memakan masa. "Jadi, saya harap, mereka yang terlibat dengan projek itu boleh bertanggungjawab untuk membantu," katanya. Projek Rapid bernilai kira-kira RM60 bilion membabitkan pembinaan 20 kilang penapisan adalah sebahagian program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Malah, projek yang membabitkan 4,000 penduduk itu, sudah mendapat kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA). Laporan EIA terperinci disediakan jururunding berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi cadangan projek itu, diluluskan pada 27 Ogos 2012 selepas ia memenuhi kehendak Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. - Sinar |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan