Khamis, 22 Ogos 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


<b>Pengerang</b>: Orang mati pun dipaksa pindah | roketkini.com

Posted: 21 Jun 2012 09:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Isu pengambilan tanah untuk projek minyak dan gas di Pengerang. Johor yang bakal menjejaskan kehidupan rakyat serta melibatkan 72 bangunan dan tanah perkuburan mengundang kemarahan dan ketidakpuasan hati penduduk.

Pengambilan tanah untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas itu membuatkan ramai penduduk berbilang kaum di kawasan tersebut marah dengan sikap kerajaan yang tidak mempedulikan mereka.

Pengambilan tanah itu melibatkan, 17 surau dan masjid, empat sekolah rendah kebangsaan, sebuah sekolah menengah kebangsaan , lima sekolah agama, tiga sekolah jenis kebangsaan Cina, sebuah pejabat pendidikan daerah, tiga klinik, dua balai polis, sembilan balai raya, sembilan tokong, tujuh perkuburan Cina dan 11 tanah perkuburan Islam.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa, beliau telah membawa isu pemindahan perkuburan di sekitar Pengerang untuk dibahaskan ada sidang Dewan Rakyat yang lepas tetapi telah ditolak kerana dikatakan tidak menepati format Dewan.

Bagi persidangan kali ini, beliau berharap Speaker Dewan membenarkan perbahasan setelah isu yang dibawakannya telah dibuat semula mengikut format yang betul.

Er membangkitkan isu itu yang melibatkan paksaan terhadap penduduk Pengerang untuk berpindah, menyatakan bahawa ada beberapa keganjilan dalam proses pemindahan untuk projek gergasi Petronas tersebut yang bakal menamatkan riwayat Pengerang sebagai destinasi pelancongan di Johor.

"Ada sebidang tanah di Kampung Sungai Kapal tidak terusik sedangkan terlibat dalam kawasan yang akan dibangunkan RAPID. Jika tanah tersebut boleh dibiarkan, mengapa tanah perkuburan Islam dan tanah perkuburan Cina di sana tidak boleh dikecualikan juga?

"Dalam satu kunjungan di salah sebuah tanah perkuburan yang  dikenalpasti, pihak kami mendapati  lereng tanah perkuburan tersebut  telah dikorek dan sebuah kilang simen telah dibina bersebelahannya," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen di sini semalam.

Ketua Pemuda DAP Johor, Tan Hong Pin, dalam sidang media yang sama, pula berkata tindakan itu amat dikesali  kerana kerajaan negeri Johor tidak mengeluarkan notis rasmi kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan yang terlibat dengan projek RAPID tersebut.

Tan mahu kerajaan lebih mengambil berat isu itu kerana ia adalah masalah yang melibatkan semua kaum.

"Kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif untuk memulihara tempat-tempat ini kerana ia dilihat penting kepada budaya, kepercayaan dan cara hidup sebahagian besar penduduk tempatan," tambah beliau. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads