Sabtu, 24 Ogos 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


NGO minta Taiwan batal projek <b>di Pengerang</b> | roketkini.com

Posted: 18 Jul 2013 01:57 AM PDT

PENGERANG, 18 JULAI: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pengerang hari ini menyerahkan surat rayuan meminta Presiden Republik Rakyat China (ROC), Ma Ying Jeou menangani beberapa isu berkaitan pembinaan kilang petrokimia oleh Syarikat Kuokuang Petrochemical Technology dan meminta pihak Taiwan membatalkan projek di Pengerang itu.

Wakil NGO Pengerang terdiri daripada Pengerusinya, Anis Afida, Bendahari, Chua Peng Siang ,Setiausaha Seng Siew Ping dan Liew Yen Hean (wakil Pengerang) menyerahkan suratb aduan itu kepada Ma Ying kira-kira jam 9.30 pagi.

Empat pemerhati juga telah pergi ke Taiwan berhubung perkara ini. Mereka ialah ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin, Ee Chin Li (ADUN Tangkak), Chua Wee Beng (ADUN Bentayan) dan wakil PAS Johor, Mazlan Aliman.

Wakil dan ADUN juga mengadakan lawatan ke Daerah Yunlin, Taiwan untuk memahami isu dan masalah yang dihadapi penduduk tempatan selepas kilang perengkahan nafta dibina, pada pertengahan 1990an.

Mengenai pelaburan Kuokuang di Pengerang, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, beliau cuba menekankan bahwa pihak yang bertanggungjawab terhadap penyediaan DEIA seharusnya merujuk balik kepada laporan yang ditulis Profesor Jhan,Jhang-Cyuan dari Pusat Pengajian Kesihatan Awam, Universiti Nasional Taiwan.

Katanya, pihak pelaburan seharusnya menjelaskan mengapa projek itu dibatalkan

di Taiwan dan dipindah pula ke Malaysia.

"Kerajaan perlu menjelaskan mengapa satu projek yang akan menyebabkan seluruh populasi Taiwan hilang nyawa sebanyak 23 hari boleh diteruskan di Malaysia. Dfahamkan projek Kuokuang yang akan dibangunkan di Pengerang adalah 1.5 kali ganda skalanya di Taiwan.

"Ini bermakna kerajaan ingin mengorbankan nyawa rakyatnya selama 34.5 hari untuk pembangunan itu walaupun isu alam sekitar sudah diketahui media bahasa

mandarin, namun ia kurang mendapat liputan media bahasa lain menyebabkan

kebanyakan masyarakat tidak memahami isu itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Er Teck berkata, beliau bekerjasama dengan tiga ADUN dari Johor untuk menterjemahkan laporan yang ditulis oleh Profesor Jhan dalam bahasa Malaysia supaya masyarakat boleh memahami dan mengkaji isu ini secara akademik dan saintifik.

Tiga ADUN terbabit ialah Tan Hong Pin (Mengkibol), Ee Chin Li (Tangkak) dan Yeo Tung Siang (Pekan Nenas) yang menganggota pasukan terjemahan akan dibantu oleh empat penterjemah.

"Mereka yang berminat mamahami isu itu, boleh memuat turun blog saya, http://erteckhwa.blogspot.com.. Sekiranya terjumpa apa-apa kesalahan, sila maklumkan saya melalui emel di [email protected]," katanya.-Roketkini.com

Janji <b>di Pengerang</b> korban kepentingan rakyat | roketkini.com

Posted: 19 Sep 2012 09:13 PM PDT

PENGERANG, 19 SEPTEMBER: Slogan 'Janji Ditepati' digunakan kerajaan UMNO-BN terhadap penduduk Pengerang untuk mengambil tanah milik rakyat atas nama pembangunan, dengan berjanji untuk membayar pampasan dengan mengambil kira 'bangunan dan pokok pada setiap inci tanah' yang akan diambil.

En Shahrani, 60 tahun yang telah lama menetap di Kampung Sungai Kapal mendakwa ini adalah janji yang diucapkan oleh pegawai dari Pejabat Tanah Kota Tinggi dalam satu taklimat yang diadakan pada 2 September lalu.

"Sehingga kini kami masih menantikan pelan yang sepatutnya ditunjukkan kepada penduduk; bagaimana tanah sebanyak 22 500 ekar ini yang akan diambil oleh kerajaan negeri Johor kononnya bagi tujuan pembangunan ini hendak diusahakan", kata beliau ketika ditemubual.

"Walaupun begitu tiada mana-mana agensi yang terlibat berani tampil untuk memberikan penjelasan kepada penduduk Pengerang".

Beliau juga meluahkan kerisauannya tentang bagaimana tanah pusaka yang dibayar dengan wang pampasan sebanyak RM 2.80 satu kaki persegi mahu diagihkan samarata dan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan di kawasan baru yang bakal memerlukan lebih banyak wang ringgit.

Encik Shahrani menambah bahwa Pejabat Tanah Kota Tinggi juga telah membahagikan mereka kepada  tiga kategori pemilik tanah;

a)      Setuju : Pemilik tanah yang setuju tanah mereka diambil oleh pejabat tanah mereka akan dibayar ganti rugi dalam masa 14 hari.

b)      Setuju dan Bantah : Pemilik tanah yang setuju tanah mereka untuk diambil dan membantah ke atas bayaran yang diberikan.

c)      Tidak bersetuju : Pemilik tanah yang tidak bersetuju langsung tanah mereka diambil, tetapi mereka masih dipaksa mengisi Borang H iaitu borang notis tawaran pampasan.

En Shahrani berkata semasa sesi taklimat yang dibuat oleh Pejabat Tanah Kota Tinggi bersama penduduk kampung di Dewan Sungai Kapal, pegawai berkenaan berjanji bahawa mana-mana penduduk yang bersetuju tanah mereka diambil dengan bantahan, mereka akan dibayar 100% tetapi setelah dipersetujui pihak Pejabat Tanah hanya membayar sebanyak 75% daripada jumlah tersebut kepada pemilik tanah.

Sebagai anak jati Sungai Kapal, beliau kesal jika pengambilan tanah milik penduduk di Pengerang ini diteruskan, beliau percaya mereka yang bergantung hidup pada hasil bumi akan hilang punca pendapatan. Tambah beliau lagi, walaupun belum seratus peratus pengambilan tanah telah dibuat tetapi ramai penduduk di Pengerang sudah merasai kesan yang berlaku kepada kelangsungan hidup mereka.

Menyedari apa yang berlaku adalah bagi tujuan pembangunan, beliau secara peribadi tidak mempunyai sebarang halangan tetapi beliau cuma ingin rakyat diluar sana tahu bahawa mereka tidak mahu sehingga tanah pusaka mereka tergadai dek kerana mahukan pembangunan yang keuntungannya hanya untuk pihak-pihak tertentu. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads