diantara destinasi menarik <b>di negeri johor</b> - berita/sejarah/destinasi <b>...</b> Posted: 10 Apr 2012 03:29 AM PDT Disini saya sertakan senarai destinasi-destinasi yang menarik di negeri Johor untuk rujukan pembaca. Sila klik pautan untuk keterangan lanjut. - Air Papan (pantai), Mersing
- Ayer Hitam – Bandar Persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke KL atau sebaliknya. Selain makanan ia terkenal kerana seramik. Aw Pottery terletak di sini.
- Batu Layar- Pantai tempat bermandi manda.
- Crocodile World, Teluk Sengat, Desaru – Terletak 20 minit perjalanan dari Kota Tinggi, antara tarikan pelancong ke Desaru.
- Desaru – Pantai peranginan
- Taman Negara Endau-Rompin – terletak berdekan pekan Endau dan bersempadan dengan daerah Rompin di Pahang.
- Gunung Arong – Hutan simpan dalam daerah Mersing, antara tarikan pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Mersing.
- Gunung Belumut – Hutan rekreasi Gunung Berlumut antara tempat menarik di Kluang
- Gunung Lambak – Juga dalam daerah Kluang terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kluang. Penginapan dikenali sebagai Gunung Lambak Eco Resort terdapat di sini.
- Gunung Ledang – Gunung yang kaya dengan kisah misteri seperti nenek kebayan terletak berdekatan Tangkak dan Sagil dan bersempadan dengan Melaka. Juga dikenali sebagai Mount Ophir.
- Gunung Panti – Terletak tidak jauh dari Kampung Lukut ia berketinggian 1498 kaki.
- Gunung Pulai – Setinggi 2147 kaki terletak dalam daerah Pontian.
- Kahang Organic Rice Eco Farm – Satu-satunya tempat penanaman padi yang diiktiraf organik di Malaysia
- Kelip-kelip di Kota Tinggi
- Legoland - Mula dibuka pada tahun 2012, terletak di Nusajaya. Ia merupakan tempat permainan dan hiburan bertemakan lego
- Kukup – kawasan perikanan di daerah Pontian
- Orchid Valley di Jalan Pontian-Kukup.
- Parit Jawa – antara pekan utama di daerah Muar. Terkenal dengan makanan laut segar.
- Pantai Penyabong di Endau
- Pulau Babi Besar, Mersing
- Pulau Sibu – Untuk kesini melalu jeti Tanjong Leman. Terkenal dengan aktiviti skuba diving
- Pulau Tinggi – Juga dari Tanjung Leman (dalam daerah Mersing, 72 kilometer ke selatan pekan Mersing)
- Pulau Tioman – Antara pulau popular di Malaysia, terdapat sebuah lapangan terbang domestik di sini.
- Tanjung Balau- Pantai tempat bermandi dan berkelah, terdapat juga Muzium Nelayan disini.
- Teluk Mahkota – juga dikenali sebagai Jason Bay terletak di Sedili kira-kira 28 kilometer dari pekan Kota Tinggi.
- Tanjung Piai – Kawasan paling selatan di Asia, disini letaknya Taman Negara Tanjung Piai (hutan paya bakau)
- ZenXin Organic Park – Jalan Batu Pahat, Kluang Johor.
- Air Terjun Sungai Bekok- Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok.
- Wet World Batu Pahat - Merupakan tempat riadah bertemakan air. Teletak di Bukit Pasir Batu Pahat,
Jika anda ada destinasi menarik yang masih belum tersenarai disini sila tuliskan di ruangan komen di bawah.. TERIMA KASIH. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan