01 di batu pahat - Google Blog Search |
- All About Us: Beraya <b>di Batu Pahat</b>
- pernah tahu apa terjadi <b>di</b> muar dan <b>batu pahat</b> pada <b>...</b> - headbomb
- Blog Sensasi: Hujan Meteor kelihatan <b>di Batu Pahat</b> Johor?
All About Us: Beraya <b>di Batu Pahat</b> Posted: 01 Sep 2013 07:16 PM PDT Assalamualaikum...Meh dekat meh rapat...Tuan belog nak sambung citer raya nie...Hohohohoho...Lama giler baru nak sambung citer raya kan...Dah naik basi dah kak ooooiiii... Hari raya ketiga kitorang gerak balik ke Batu Pahat...Beraya di rumah nenek kesayangan Lynn...Niatnya nak ikut beraya di Muar tapi tertinggal keretapi la plak...Family Johor dah beraya kat Muar raya kedua...Maka kitorang just beraya kat Kg Sungai Suloh jer raya ketiga tu... Yang syoknya sampai jer kat rumah nenek Lynn, kitorang disajikan dengan juadah Nasi Briyani...Dah nama pun orang Johor kan...Jadi Nasi Briyani mesti ada dalam list juadah hari raya kami...Memang syok arr dapat makan ayam masak merah...Dah 2 hari asyik makan rendang kan jadi bila dapat makan ayam masak merah memang terasa nikmatnya...Hehehehehe... Lepas jer beraya di rumah nenek Lynn, kitorang terus menuju ke rumah Atuk Long Jun...Rumah Atuk Long nie kat Sg Ayam...Dah nak dekat dengan Kg Patah Pedang...Meh layan picca okey... Then lepas gie rumah Atuk Long Jun...Kitorang gerak gie rumah Atuk Long Timur...Nama Atuk Long boleh lupa la plak...Sebab dah terbiasa panggil Atuk Long Timur...Sabar jer la tengok perangai anak cucu kan... Ini la Atuk Long Timur...Sempat juga atuk menyarung tudung bila kitorang nak bergambar dengan dia... Lepas tu kitorang gie beraya kat rumah Atuk Chik...Dulu waktu arwah Atuk Chik Mahmud ada, Lynn suka sangat berborak dengan dia...Sebab kami di aliran yang sama...Atuk Chik aktif dengan Unit Peladang...Manakala Lynn dan Mr. Hubby bekerja di Lembaga Pertubuhan PEladang...Jadi bila berborak tu ada la citer...Hehehehe... Zahra posing dengan Atuk Chik... Lepas beraya di rumah Atuk Chik kitorang ke rumah Atuk Long Yah...Tak sampai hati nak amek gambar bersama sebab keadaan Atuk Long Yah uzur sangat...Dia terbaring jer waktu kami beraya di rumah dia...Sedih sangat... Lynn dan keluarga mengharapkan atuk-atuk yang ada nie diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia...Semoga kami sekeluarga berkesempatan menziarah lagi nanti...Insyaallah... |
pernah tahu apa terjadi <b>di</b> muar dan <b>batu pahat</b> pada <b>...</b> - headbomb Posted: 16 Sep 2013 06:00 AM PDT selalu aku hairan, ada juga orang melayu yang sangat bebal, bebal yang teratas yang sanggup kerana politik dendam, kerana politk cap ayam, mengaku saja komunis itu adalah pejuang sebenar kemerdekaan, oi bangsat.. tahu tak apa jadi pada zaman darurat? pernah tanya orang-orang lama apa terjadi pada zaman tu? meh kita baca siapa dia itu pejuang kemerdekaan terunggul di muar dan batu pahat, kiai salleh!! SEJARAH KIAI SALLEH Tiada erti M.E.R.D.E.K.A jika tidak mengingati asal-usul dan menyelusuri selingkoh hidup pejuang-pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Mereka rela bergadai nyawa bagi menentang penjajah yang menindas. Bukan nyawa mereka sahaja yang terancam, tetapi nyawa keluarga mereka turut menjadi taruhan. Bergitulah yang terjadi kepada Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Kenali, Datuk Maharajalela, Dol Said, Haji Abdulrahman Limbong dan ramai lagi. Namun, dalam ramai-ramai pejuang Melayu yang banyak tercatit kisahnya dalam buku sejarah ini hanya terdapat seorang insan yang menarik perhatian penulis. Insan ini adalah Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau antara insan yang berjuang menentang keganasan komunis di kawasan sekitar Batu Pahat dan Muar. Kenalkah pembaca dengan insan ini? Kiai Salleh-Panglima Selempang Merah Insan yang berasal daripada Muar dilahirkan pada tahun 1916. Insan ini nama asalnya adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim namun beliau sering dikenali dengan Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau berketurunan daripada Banjar. Ada pendapat mengatakan beliau berketurunan India Muslim daripada Penang. Berkulit sawo matang dan berketinggian sederhana namun kehebatannya usah diperlekehkan. Pada ketika dahulu, menyebut namanya sahaja digeruni oleh tentera Komunis apatah lagi melihat kelibatnya menghunus pedang raja Riau miliknya. Pada masa muda, Kiai Salleh banyak menghabiskan masanya untuk menuntut ilmu kerohanian seperti mengaji Al-Quran dan ilmu persilatan. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al-Quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor. Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten adalah insan yang bertanggungjawab mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar dan keluarganya ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an. Berkat doanya, keluarga sultan Johor ini langsung tidak diusik oleh tentera-tentera Jepun yang bermaharajalela. Wirid Khaujakan pula adalah wirid-wirid yang mengandungi doa-doa dan zikir-zikir bagi membersihkan diri yang biasa diamalkan oleh tarikat Naqshabandiah. Kiai Fadhil al-Banteni adalah ahli sufi yang juga penasihat agama diraja Johor. Keperwiraan Kiai SallehPenjuangan Kiai Salleh bermula apabila beliau dipilih mengetuai satu angkatan untuk melawan Komunis yang pada ketika itu membunuh sewenang-wenangnya ketua-ketua dan imam-imam kampung sekitar Batu Pahat dan Muar. Beliau dengan rasa tanggungjawab telah menubuhkan satu angkatan pahlawan berani mati yang di'isi' dengan ilmu persilatan melayu. Sehingga hari ini, angkatan ini terkenal dengan jolokan Tentera selempang merah. Jolokan selempang merah adalah kerana identiti selempang merah yang selalu dipakai oleh setiap pejuang-pejuangnya semasa berperang dengan komunis. Antara identiti lain mereka adalah parang panjang. Oleh sebab itu, terdapat sebilangan orang memanggilnya Tentera parang panjang. Kiai Salleh sendiri mempunyai parang panjangnya sendiri yang digelar Pedang Raja Riau. Perang ini diperoleh hasil pajak gadai seorang individu kerana kesempitan wang. Tertera di atas padang ini kalimah La ilaha Illa Allah. Kiai Salleh telah memimpin tentera selempang merah menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga(Komunis) di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Dicerita turun-temurun oleh penduduk kampung sekitar Batu Pahat bahawa Kiai Salleh ketika giliran beliau menjaga kampung waktu malam(difahamkan setiap malam akan diberi giliran menjaga kampung kepada tentera selempang merah), beliau tanpa gentarnya mengelilingi kampung dengan menunggang basikal berserta pedang yang terhunus. Namun, tiada seorang pun komunis atau tentera bintang tiga menghampirinya. Bergitulah beraninya Kiai Salleh sehingga beliau amat dibenci oleh komunis dan konco-konconya. Pedang raja Riau milik Kiai Salleh Kehebatan Batin Kiai SallehKiai Salleh dipercayai mempunyai ilmu-ilmu kebatinan seperti ilmu kebal dan ilmu terbang. Sumber daripada tentera selempang merah sendiri memberitahu bagaimana peristiwa tentera Komunis gentar melihat tentera selempang merah berubah menjadi besar menggalah tingginya dengan jumlah beribu-ribu orang miskipun tentera selempang merah ketika itu tidak lebih daripada 100 orang sahaja. Cerita-cerita lain mengenai kehebatan batin Kiai Salleh adalah kebolehan beliau terbang bak burung. Pernah satu peristiwa di mana Komunis dengan tanpa henti membedil tentera pimpinan Kiai Salleh dari atas bukit. Bimbang keselamatan pasukannya, Kiai Salleh dengan tangkasnya meluncur terbang ke arah komunis yang menembak dari atas bukit itu dan memenggal kepala mereka satu persatu. Pernah juga diceritakan di mana tiga orang Kiai atau pahlawan daripada Indonesia diupah oleh Komunis Malaya dengan kerjasama Komunis Indonesia(kemungkinan atas ehsan Sukarno kerana Sukarno sememangnya pengikut Komunis dalam 'selimut') untuk menewaskan Kiai Salleh. Namun, ketiga-tiga mereka yang dikatakan kebal gagal menewaskan keperwiraan Kiai Salleh. Ketiga-tiga mereka tersungkur menyembah bumi. Dikellingi oleh rakan-rakan Pengiktirafan JasaKiai Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 mengintisyharkan bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Kiai Salleh mendapat gelaran Panglima. Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955. Kembali ke RahmatullahHaji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959 di Muar,Johor. ps: di mana bumi dipijak disitu langit ku junjung!! komunis tetap durjana, tetap lahanat, mereka telah buat satu perkara paling teruk pada zaman darurat!! |
Blog Sensasi: Hujan Meteor kelihatan <b>di Batu Pahat</b> Johor? Posted: 12 Aug 2013 07:14 PM PDT Malam tadi mungkin ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat fenomena hujan meteor@ dikenali tahi bintang yang di war-warkan akan muncul di ruang angkasa bumi Malaysia. Kami juga tertunggu-tunggu kemunculan tahi bintang tersebut...tetapi agak malang kerana umpama pungguk menunggu kemunculan bulan.tiada apa yang kelihatan biarpun jutaan bintang berkelip-kelip kelihatan dengan sesekali kelibat kapalterbang melintasi ruang udara. Benarkah berlaku hujan meteor malam tadi? Apapun dalam pencarian kami melalui facebook hanya gambar ini kami temui yang dikeluarkan oleh Adhadi Mohd. Sekiranya kami temui lagi gambar-gambar membuktikan adanya hujan meteor di Malaysia akan kami upload gambarnya diruangan posting ini. Imej pancuran meteor Perseid di ruang angkasa di Taman Negara Cathedral Gorge, Nevada di Amerika Syarikat. Pancuran meteor daripada buruj Perseus berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle. Foto AFP |
You are subscribed to email updates from di batu pahat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan