Keamanan dan kesejahteraan  yang kita nikmati  kini  sepatutnya   tidak membolehkan kita leka bahawa kita tidak mungkin diuji lagi akan  kekebalan malah  mampu terdedah dengan  peluang dan ancman.
    Disebalik kedamaian dan  keharmonian ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk  dikenang. Nostalgia yang jika diimbau pun menzahirkan perasaan berbelah bahagi  kerana nikmat kesenangan dan ketenteraman yang ada pada hari ini sebenarnya  dibayar dengan harga yang terlalu mahal.
    Kisah dan tragedi yang  dicatat ini bukan untuk mengungkit kepahitan zaman silam tetapi adalah untuk  mengingatkan generasi hari ini khususnya warga PDRM bahawa zaman penuh  pancaroba itu menuntut kecekalan, keikhlasan serta keberanian yang tinggi jika  bercita-cita untuk  berkhidmat dalam  pasukan keselamatan dalam menawarkan bakti untuk menjaga keamanan dan  ketenteraman Negara.
    Bekok yang jaraknya lebih kurang  (10) kilometer dari persimpangan Pekan Chaah dan Pekan Labis merupakan sebuah  mukim dalam daerah Labis. Sebilangan besar kawasannya merupakan ladang kelapa  sawit dikelilingi hutan tebal yang menganjur sehingga ke sempadan Kuala Rompin,  Pahang dan Daerah Mersing,Johor. Di zaman darurat khususnya awal tahun 1950an  dalam krisis menentang gerila komunis, Bekok antara wilayah selatan  yang dianggap kawasan amat  aktif sebagai  sarang gerila komunis  selain Labis, , Paloh, Keluang, Kulai , Endau,  Kambau, Sedeli, Penggerang  dan Pontian.
    Statistik senarai anggota  keselamatan yang terbunuh semasa darurat mencatatkan di antara tahun 1950  hingga tahun 1952 ramai anggota polis yang terbunuh di kawasan ini  diantaranya:-
      1.    04/03/1950          (2) Special Constable terkorban di  Eldred Estet,Bekok,Johor.
    2.    30/09/1950          (2) Special Constable terkorban di  Eldred Estet, Bekok,Johor.
    3.    15/10/1950          (8) anggota (1) KPL (5) PC dan (2) EPC  terkorban di 
                                        Chan Wing Estet,  Bekok,Johor.
    4.    09/07/1951          (1) Special Constable terkorban di Anglo  – Johor Estet, 
                                        Bekok,Johor 
    5.    30/06/1952          (2) anggota (1) A.P Insp (1) AP terkorban  di Chan Wing Estet 
                                        Bekok, Johor.
    6.    01/07/1952          (2) Special Constable terkorban di  Anglo-Johor Bekok  Estet,, 
                                        Bekok, Johor.
    7.    27/12/1952          (2) Special Constable terkorban di  Sungai Bekok Estet, Bekok, 
                                       Johor. 
      Pengkisahan  yang diceritakan oleh saksi-saksi kejadian turut membuktikan jumlah ini  sebenarnya lebih ramai yang terkorban jika melibatkan orang awam yang turut  menjadi mangsa  
      3.0       Tragedi Bukit Locing
    Menceritakan tragedi yang  berlaku, bagi En. Taman bin Salleh 84 Tahun yang kini menetap di Ladang Geddes,  Bahau Negeri Sembilan masih ingat beliau waktu itu berkhidmat sebagai Special  Constable  (SC) di Segamat Johor telah di  arah ke Bekok untuk mengambil anggota Polis yang terkorban diserang hendap  Komunis. "Saya sampai di sana sebagai pasukan bantuan, Saya sampai dan waktu  itu keadaan sudah reda, saya tengok mayat ramai anggota  di bariskan di tepi jalan kawasan ladang  getah. Saya masih ingat ada, ada seorang anggota polis  yang saya kenali nama Mat Dom,  masih hidup dan mengerang dalam kesakitan  tetapi keadaan baju yang dipakainya penuh  berlumuran darah. Dia yang menceritakan kenderaan yang dinaiki telah terkena  jerangkap samar dan kemudiannya diserang hendap Komunis.  Kisah (8) anggota polis terbunuh dalam satu  serang hendap di Bekok, Labis Johor, senarainya seperti berikut:-
    i.      Koperal  7163 Mohd Yatim bin Abdullah 
    ii.    PC  11768 Mohd Nor bin Lajis 
    iii.   PC  11765 Nordin bin Kadir 
    iv.   PC  11898 Anuar bin Buyong 
    v.    PC  13049 Ismail bin Abbas 
    vi.   PC 13168  Mohd Shah bin Hj Abdullah 
    vii.  EPC 2596  Mohd. bin  Hussin  
    viii.EPC  3426 Mohd. bin Salleh. 
            Lawatan tempat  kejadian dengan bantuan penduduk tempatan
               Bukit Locing, Ladang Gunung Mas @ Chan Wing Estet.
      Peristiwa terkorbannya  anggota polis ini juga di ceritakan oleh Hj Johari Bin Yunos 85 tahun bekas Ketua  Kampong Labis  yang kini menetap di Felda  Tenang,Labis Johor. Beliau ketika itu juga bertugas sebagai SC di Balai Polis  Labis menceritakan kejadian berlaku di satu tempat dipanggil Bukit Locing.  Gerila Komunis dikatakan mengguna tektik dengan cara memasang jerangkap samar  di kawasan berhampiran jurang menyebabkan pasukan keselamatan tidak mempunyai  ruang untuk berlindung. Sebaik kenderaan pasukan keselamatan yang merupakan  anggota dari Balai Polis Labis menghampiri laluan tersebut, kenderaan tersebut  meletup lalu terbalik  dan ketika itulah  gerila menghujani mereka dengan peluru dan bom tangan dari atas bukit . Hanya  kereta menjadi tempat berlindung. Kekuatan gerila yang ramai tidak mematahkan  semangat juang anggota keselamatan. Dengan kekuatan yang kecil berbanding musih  yang ramai bilangannya,peluang untuk hidup memang ada jika mereka menyerah  tetapi mereka berjuang habis-habisan, namun untuk menyerah tidak sekali. Mereka  membalas balik setiap tembakan yang dilepaskan musuh. Kenderaan itulah yang  menjadi pelindung mereka, Gerila hanya meninggalkan tempat kejadian setelah menjangkakan  tidak ada seorangpun yang selamat dari serangan tersebut. Turut terkorban ialah  beberapa orang awam yang merupakan pekerja Telekom. Mereka diiringi oleh  pasukan keselamatan dalam tugas memasang   kabel di Chan Wing Estet.
      Kekuatan gerila komunis dalam  serangan tersebut tersebut dianggarkan seramai 80-100 orang dan dipercayai  dari Rajimen ke4 Parti Komunis Malaya yang  ketika itu dianggarkan mempunyai kekuatan seramai 370 anggota.  Penulis yang melawati tempat kejadian mendapati kini kawasan tersebut terletak  di Ladang Gunung Mas yang suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Chan Wing  Estet. Jarak tempat kejadian dari Balai Polis Bekok lebih kurang (10) kilometer.  Lokasi itu dinamakan Bukit Locing kerana dikatakan suatu ketika dahulu  terdapatnya locing yang amat besar berhampiran puncak yang digunakan sebagai  isyarat kepada pekerja-pekerja ladang supaya meninggalkan kawasan ladang sebaik  jam 3 petang. Pertempuran itu memang hebat, kekuatan pasukan keselamatan tidak  mampu menyamai musuh yang  jumlahnya  lebih besar, namun mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh  tanggungjawab walaupun  nyawa mereka  menjadi sandarn. Bagi mereka untuk menyerah tidak sekali-kali. Wira-wira ini  sememangnya antara mereka yang terbilang walaupun  tidak pernah dijulang... Bersambung dalam kisah Tragedi Hari Jumaat-layari https://www.youtube.com/channel/UC3JqY052rDAGvR09VlFdENQ?feature=mhee          
Tiada ulasan:
Catat Ulasan