Khamis, 5 September 2013

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Lelaki 8 rekod jenayah maut ditembak di kuil <b>di Gelang Patah</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2013 07:39 AM PDT

August 31, 2013   ·   14 Comments

KOTA TINGGI 31 Ogos – Seorang lelaki yang memiliki lapan rekod jenayah mati ditembak ketika sedang melakukan ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mangsa, K.Jaganathan, 37, berada di dalam kuil itu bersama isteri dan anaknya sebelum ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam.

"Dipercayai suspek merupakan dua lelaki bermotosikal dengan seorang daripadanya memasuki kuil itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. Kedua-duanya kemudian melarikan diri bersama kenderaan itu," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, Jaganathan yang tinggal di Taman Universiti, dekat Skudai, dihantar ke sebuah klinik sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata, susulan dari itu, polis berjaya menahan seorang individu berumur 30-an pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Gelang Patah bagi membantu siasatan.

Katanya, pasukan khas yang diketuai Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Azizan Anan sudah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu. "Polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dengan penahanan individu terbabit," katanya. – BERNAMA

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads