Ahad, 22 September 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Jemaah Dari <b>Kota Tinggi</b> Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2013 05:34 AM PDT

- Monday: 2013-09-16 20:34:16'.

jemaah-meninggal-di-madinah

Seorang jemaah dari Kota Tinggi Johor, Daud Kassim meninggal dunia di Madinah semalam akibat masalah jantung.

Ketua rombongan haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengesahkan laporan itu di Mekah pagi tadi.

DATUK SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN / KETUA ROMBONGAN HAJI MALAYSIA

"Kita telah pun mendapat berita kematian yang pertama jemaah haji kita di Madinah pada pukul 9 pagi tadi beliau seorang yang berumur 64 tahun dan menhadapi serangan jantung, dan jenazah selepas solat Asar dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi dan Insya Allah ahli keluarga beliau telah dimaklumkan".

Allahyarham Daud adalah jemaah haji di bawah tajaan 1 Malaysia Development Berhad, 1 MDB.

Allahyarham menetap di Felda Bukit Easter Kota Tinggi, meninggal pukul kira-kira jam sembilan pagi waktu tempatan di klinik zon satu, Hotel Al Haram, Madinah.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi selepas solat Asar semalam.

Keluarga Allahyarham di Kota Tinggi juga telah dimaklumkan.

Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham tanpa sebarang bayaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads