01 di kukup - Google Blog Search |
Titian Perjalanan: Taman Negara Johor Pulau <b>Kukup</b> (Bhg. 2) Posted: 28 Aug 2013 08:28 PM PDT Sambung bahagian 2 atau yang akhir sebenarnya. Maaf banyak gambar. Saya catatkan di blog untuk rujukan saya pada masa hadapan dan untuk rujukan mereka yang berminat nak ke Pulau Kukup ni. Okey, catatan bergambar... 1. Lagi aktiviti di sini...menyusur Sungai Ular. RM3 seorang. Tapi kami tak sempat nak buat aktiviti ni sebab dah dekat pukul 5 petang, pulau ni tutup pukul 5 petang. Lain kali kena datang awal lagi. 2. Pulau Kukup merupakan antara pulau paya bakau terbesar di dunia! 3. Menara Pemerhati Pulau Kukup. Sampai sini je kita boleh menjelajah pulau paya bakau ni. Menara ni ada lima tingkat kalau tak silap. Saya tak berani naik bila tengok tinggi sangat dan tangga macam tu. 4. Cuma suami saya sorang yang naik sampai tingkat atas sekali. Gambar ni hasil pemandangan dari atas menara. Saya pun jadi kecik je kat bawah nun...memang tinggi. 5. Lagi pemandangan dari atas menara tadi. Sungai Ular. Dah pukul 5 petang, kami bergegas keluar dari kawasan taman negara ni. Sampai jeti dah ada bot menunggu, penuh dengan penumpang. Orang bot suruh naik sekali. Rasa macam pelarian je, sumbat ramai-ramai kat bot tu. Dalam perjalanan balik ke jeti Terminal Feri Kukup, bot berhenti di sebuah kelong. Semua penumpang kena turun situ dan bolehlah melawat kelong tu. Nak beli ikan segar pun boleh. Melawat sini free je, kira dah masuk harga bot RM5 seorang tulah. 6. Pengalaman pertama kali berjalan atas titi begini. Kukuh dan tak goyang sangat pun. 7. Daya penarik kat sini...ikan sumpit. Kita letak kepala bilis (ada disediakan) kat tepi kayu tu, bagi terkeluar sikit tau. Nanti ada ikan akan sumpitkan air ke kepala bilis tadi dan elok je terus masuk mulut dia. Kelaka bila tengok mulut ikan tu muncung abis masa nak menyumpit. 8. Kelong ni dekat je dengan jeti terminal (bangunan kuning tu). Feri yang korang nampak itulah untuk penumpang ke Indonesia. Perjalanan dalam satu jam je. - sila bawa minuman sendiri, takde orang jual kat Pulau Kukup tadi. Maklumlah..pulau paya bakau. - kalau bawa makanan, simpan dalam beg bukan dalam plastik biasa tu. Nanti kena rampas dengan penghuni pulau. - pakai pakaian dan kasut sesuai untuk naik bot. Pakai kain boleh jugak, tapi pakai seluar panjang dalamnya. - jangan datang lewat sangat macam kami, tak sempat naik bot susur sungai. Taman negara ni tutup pukul 5. |
You are subscribed to email updates from di kukup - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan