01 di kukup - Google Blog Search |
- BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search
- ABC Special <b>Di</b> Ikan Bakar <b>KUKUP</b> | Syira
- LAWATAN TEKNIKAL KE MAJLIS DAERAH PONTIAN, TAMAN <b>...</b>
BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search Posted: 22 Sep 2013 11:24 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
ABC Special <b>Di</b> Ikan Bakar <b>KUKUP</b> | Syira Posted: 01 Sep 2013 09:19 PM PDT Gambar boleh beri seribu makna, tapi hanya kita dapat berikan penjelasan setelah kita sampai di sana. Pintu masuk Ikan Bakar KUKUP. Memang dari jauh sudah jelas kelihatan. Sebenarnya signboard agak terlindung kalau bawa kereta laju. Oleh kerana tidak tahu tempat, suami bawa kereta perlahan je, nasib baik jumpa kalau tidak mesti cancel dah makan sini.. haha Kaunter ikan. Kami sampai pukul 8.15 malam. Sebaik sahaja sampai, suami terus meluru ke kaunter ikan untuk memilih ikan dan sotong. Saya terus snap gambar. Biar suami buat pilihan. hehe Insyallah ikan pastinya segar. Ikan juga ada banyak pilihan. Bukan ikan besar je yang dijual, tapi ikan kecil-kecil pun ada, baguslah, kalau nak jimat ambil ikan kecil dah la. haha. Sebahagian daripada tempat makan yang ada bumbung. Kami memilih tempat yang tiada bumbung kononnya nak ambil udara semulajadi baru fresh, sekali tu , keadaan sekeliling agak panas. Peluh sampai ke kaki. Ruang makan tidak berbumbung. Ruang ini agak luas. Boleh duduk di mana-mana sahaja. Untuk keselesaan, big screen turut di sedikan. Syok layan bola ni. hehe Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat. Ini penting ni, kalau terdatang awal, kalau nak makan lama, boleh solat dulu. Biasanya solat maghriblah.. Ruang solat juga luas. Cuma tandas tidak besh. Mangkuk tandas tidak berapa bersih. Jika anda mahukan kelainan, cubalah Buffet Steamboat N Grill. Harganya boleh tahan, Rm22.90 untuk dewasa dan RM12.90 untuk kanak-kanak. Makan sambai pengsan pun tak pe.. tapi awas.... ada amaran penting untuk pembazir yea.. Haha, saya tergelak ketika membacanya,.. Kepada Pelanggan yang dihormati, elakkan pembaziran, setiap pembaziran akan dikenakan cas RM5.00/100gram. Memang cari makan betul. hehe Antara koleksi buffet yang boleh di pilih. Kiut-kiut semuanya. Dipotong halus. Memang untung besar ni. haha. Yang pastinya, anda boleh naik gila apabila melihat semua makanan yang disediakan, memang menarik. Menarik di mata yea, selera belum pasti lagi. Colek buah yang popular di Kelantan juga di sediakan. Tapi rasanya ada dua jenis buah sahaja, buah jambu dan buah nanas. hoho. Inilah dapur steamboat. Snap yang orang punya. Kami tidak ambil buffet sebab niatnya mahu makan ikan bakar. hehe 4 Jenis air yang di sediakan. Air Laici, satu tu tak pasti air anggur atau air cincau, ada air panas iaitu air teh dan air kopi. Kalau tak silap, mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak ini pun untuk set buffet juga. Kalau salah minta maaf. Gambar ni ambil masa nak balik dah. Awal-awal tak perasan pun. huhu. Tamatlah kisah set buffet. Kembali kepada kisah awal ye.. Jam 8.30 Malam : ABC tiga rasa Ikan Bakar KUKUP siap dihidang. Memang sedaplah ABC ni. Tak pernah jumpa lagi kat tempat lain ABC sesedap ini. ABC dengan tiga warna di datangkan dengan tiga rasa. Merah untuk perisa rose, hijau untuk perisa pandan dan kuning untuk perisa jagung. Memang uhmmm. Majoriti yang datang sini order ABC, itulah sebab utama saya order juga satu. hehe Suami memilih air kopi ais. Tukar selera malam ni. Sebenarnya inilah tenaga tambahan yang di perlukan untuk memandu balik ke Jerteh pula nanti. Kita minum dulu. Sabar jelah layan ABC ni. Memang sedap. Sampai terpejam mata. Ha, nanti nak pergi makan ABC saja, boleh ke? hehe Orang mulai ramai. Suasana mula bertukar menjadi bising. Kata suami artis ramai makan kat sini. Dia baca kat Facebook Restoren Ikan Bakar Kukup. Suami saya ni mudah tergoda, kalau artis pergi mesti dia kata tempat tu gila-gila sedap punya, hahaha Jam 8.44 Malam, hidangan sotong celup tepung sampai. Nasib baik sedap. Cuma agak lamalah nak tunggu. Huhu. Tepung sotong ranggup, tapi sotong celup tepung Ikan Bakar Kukup tidak dapat lawan sotong celup tepung ANA Ikan Bakar Tanjung Lumpur.. hoho... Jam 8.50 Malam, barulah set lengkap kami tiba. Dua nasi putih dan satu tomyam ayam. Hihi, bagi saya nasi putih di sini agak sedikit. Tidak pastilah satu pinggan berapa harganya. Jam 8.51 Malam. Suami turut order ikan bakar berempah. Ikan apa tak pasti pula. Main makan je. Bila makan suami cakap, silap order ikan bakar berempah, baik order ikan bakar tawar je. Hah, betul tu, sebab rempah ikan tu pahit. Mungkin terlebih bahan kot. Atau memang nasib kami dapat yang pahit. Sila jamu selera. Akibat lama menanti, ABC sudah habis di kerjakan. hehe. Sotong pun tinggal sejemput sudah. Simpan untuk buat lauk nasi. hahah Bila perut dah kenyang. Kita sambung snap picture lagi. Orang makin ramai ni. huhu. Keadaan juga semakin panas. adeh. Silap tak duduk bawah bumbung, ada kipas. hehe Bukti lapar. Habis di kerjakan. Salah satu lagi, ini semuanya mahal, jadi haruslah di habiskan. Membazir amalan syaiton... Tomyam pedas. Hirisan ayam ada banyak juga. Tak banyak tak sikit. Cukuplah untuk makan. Kuah nampak cair, tapi memang cair, nasib baik pedas. Kiranya boleh backuplah. hehe Sudah kenyang makan. Sila bayar. Jangan balik macam tu sahaja. hehe. Satu kopi ais, ABC, sotong celup tepung, tomyam ayam, ikan bakar berempah dan dua nasi putih berjumlah RM47.70. Mahal kot pada saya. Pada orang lain saya tak pastilah. Dah merata makan, boleh cakap mana murah mana mahal. hehe. Jika berminat mahu makan di Restoren Ikan Bakar Kukup, bolehlah datang yea. Restoran Ikan Bakar Kukup Menjual Pelbagai Jenis Makanan Laut Seperti pelbagai jenis Ikan,Ketam Dan udang serta masakan panas . | |
LAWATAN TEKNIKAL KE MAJLIS DAERAH PONTIAN, TAMAN <b>...</b> Posted: 25 Jul 2013 08:16 PM PDT Pejabat Projek Zon Tengah telah mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Pontian, Taman Negara Pulau Kukup dan Tanjung Piai, Pontian Johor. Tujuan lawatan ke Majlis Daerah Pontian adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Rancangan Khas Kawasan Permas Kechil-Kukup 2015 yang mana ianya sebagai benchmark bagi cadangan projek RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor, Perak. Matlamat Rancangan Khas Kawasan (RKK) Permas Kechil-Kukup 2015 ini adalah bagi menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan Berdaya Maju, Teratur dan Mampan. RKK Permas Kechil-Kukup 2015 ini telah diwartakan pada 7 Julai 2011. Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah menjurus kepada pencapaian matlamat kajian iaitu menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan yang berdaya maju, teratur dan mampan. Terdapat 18 pembangunan utama bagi RKK Permas Kechil-Kukup 2015. Antaranya adalah Cadangan Pengurusan Dan Menaiktaraf Persimpangan Jalan Ke Tg. Bin Dan Permas Kechil, Cadangan Pusat Pemasaran Kraftangan Dan Produk Pelancongan IKS dan Cadangan Menaiktaraf Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut. Perkampungan Nelayan yang terdiri daripada Kg. Nelayan Ayer Masin, Kg. Melayu dan Kg. Kukup Laut. Perkampungan Nelayan ini berpotensi sebagai eko pelancongan dan dapat menarik minat para pelancong. Dua Perkampungan Nelayan iaitu Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut akan dinaiktaraf dan dibangunkan. Dari segi pelancongan pula Perkampungan Nelayan memberikan impak yang besar kerana kebanyakan pelancong lebih menyukai suasana perkampungan yang lain daripada tempat lain. Perkampungan Nelayan yang masih mengekalkan ciri-ciri nelayan dan perumah di atas memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung yang datang. Berdasarkan gambar dibawah terdapat 4 pakej pelancongan yang berkonsepkan homestay. Terdapat juga cadangan-cadangan lain bagi RKK Permas dan Kukup. Antaranya adalah:
LAWATAN KE TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN Pulau Kukup adalah salah satu kawasan hutan paya bakau yang tidak didiami yang terbesar di dunia. Ia juga adalah satu-satunya pulau yang terletak di kawasan perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup telah menerima pengiktirafan antarabangsa yang diberikan status 'Wetland of International Importance' (RAMSAR SITE) oleh Geneve berasaskan Biro Konvensyen Ramsar. Tapak Ramsar yang juga dikenali sebagai tanah lembab ini sangat penting kerana ia memainkan peranan besar dalam melindungi manusia daripada kesan perubahan iklim. Tanah lembap ini menawarkan perlindungan daripada ribut dan tsunami di samping bertindak sebagai pemecah angin dan membantu dalam menstabilkan iklim setempat. Menurut cerita rakyat tempatan, Pulau Kukup dahulunya adalah sebuah tempat tinggal lima orang puteri angkasa. Satu hari, salah seorang daripadanya telah jatuh cinta dengan pelayar dan mereka telah melarikan diri untuk berkahwin secara senyap. Mereka telah disumpah dengan ditenggelamkan bersama-sama dengan Pulau Kukup. Walaubagaimanapun, Pulau Kukup telah muncul semula tetapi ia telah ditumbuhi dengan pokok bakau. Ramai yang telah cuba untuk menetap di pulau ini tetapi tidak berjaya. Ada yang mengatakan ini adalah kerana pulau ini didiami oleh roh-roh. Taman Negara Pulau Kukup, Johor adalah sebuah kawasan yang mempunyai keluasan 1447 hektar yang meliputi 647 hektar kawasan hutan paya bakau dan 800 hektar kawasan dataran berpaya. Sewaktu disana, kami telah disambut dengan mesranya oleh En.Ismail bin Sairan Pembantu Hidupan Liar Taman Negara Pulau Kukup, Johor. Menurut En. Ismail, Taman Negara Pulau Kukup yang meliputi kawasan Pulau Kukup ini terletaknya di Barat Daya, Johor. Taman Negara ini adalah satu-satunya Taman Negara pokok bakau yang terbesar di Asia Tenggara. Di Taman Negara ini terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna seperti pokok bakau, ikan belacak, ketam, monyet dan hidupan hutan paya yang lain. Bagi tumbuhan pokok bakau pula terdapat lebih daripada 26 spesis Pokok Bakau Nyireh Batu. Pokok Bakau Nyireh Batu ini terkenal dalam penghasilan produk seperti kerusi, meja dan gasing. Selain itu, terdapat juga pokok bakau yang lain seperti Bakau Minyak dan Bakau Kurap . Menurut beliau lagi, Taman Negara ini telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1997 dan dibuka kepada pelawat pada tahun 2003. Bagi pelawat yang ingin ke Taman Negara ini mereka perlulah ke Jeti Pulau Kukup dan menaiki bot untuk ke Taman Negara ini. Jeti di Pulau Kukup juga menawarkan perkhidmatan Feri ke Tanjung Balai, Indonesia. Bagi pengunjung-pengunjung yang melawat ke Taman Negara Pulau Kukup terdapat pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan sumber alam dan ia dapat memupuk rasa sayang dalam diri serta menghargai alam sekitar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung adalah menyusuri jambatan gantung sepanjang 35 kaki merentasi Sungai Ular. Dipertengahan jambatan pengunjung dapat melihat pemandangan kawasan Perkampungan Kukup dan bot-bot di jeti Pulau Kukup. Selain itu juga, terdapat laluan papan (BoardWalk) yang membolehkan pengunjung merasai dan melihat secara dekat tumbuh-tumbuhan yang berbeza walaupun daripada spesis yang sama yang membentuk hutan bakau serta spesis fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Disamping itu juga pihak Taman Negara ada menyediakan tapak semaian bagi pengunjung yang mahu menanam pokok bakau dengan kadar serendah RM 10 ringgit sahaja. Tidak hanya itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesis burung melalui menara pemerhati. LAWATAN KE TANJUNG PIAI, PONTIAN, JOHOR Tanjung piai adalah salah satu destinasi yang tidak asing jika kita melawat ke Johor. Bagi penduduk tempatan, Tanjung Piai hanyalah kawasan persisiran pantai biasa. Namun, pada hari ini ia amat dihargai oleh masyarakat antarabangsa, bukan hanya kerana keunikan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya tetapi juga kerana kedudukannya sebagai tanah paling selatan Benua Asia. Tanjung Piai kini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Tanjung Piai terletak dalam Mukim Kukup di Daerah, Johor, kira-kira 90km dari Johor Bahru. Kawasan ini telah diwartakan sebagai Taman Negara dan kawasan Ramsar iaitu kawasan perlindungan Wetland pada tahun 2003. Tanjung Piai mendapat namanya daripada sejenis tumbuhan paku-pakis "Piai-Raya' atau nama saintifiknya "Acrostichum Aureum" yang tumbuh melata di pangkal pokok Bakau. Dahulunya Tanjung Piai ini menjadi tempat persinggahan sementara nelayan dari Selat Melaka sebelum ke laut dan asalnya ia adalah kawasan tanah tinggi, berbenteng dan pantai yang berpasir. Kini Tanjung Piai menjadi sebuah kawasan terasing kerana diliputi hutan paya bakau yang tebal. Disediakan oleh; Nor Baizura Che Man, Unit Rancangan Pembangunan 1, Pejabat Projek Zon Tengah. |
You are subscribed to email updates from di kukup - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan