Rabu, 18 September 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Afidea Guesthouse and Homestay <b>Pasir Gudang</b>: Hospital <b>di</b> Sekitar <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 06:32 PM PDT

Pertambahan penduduk dan kemunculan kawasan industri baru di sekitar Pasir Gudang memerlukan lebih banyak hospital bagi mengimbangi permintaan terhadap rawatan kesihatan. Kini telah terdapat beberapa buah hospital di sekitar Pasir Gudang.
Hospital terbaharu ialah rantaian Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ). Hospital Pakar (KPJ) Pasir Gudang terletak di Taman Bukit Dahlia, di tepi Jalan Besar yang menuju ke Pusat bandar Pasir Gudang. Mula beroperasi sejak bulan Mei 2013. Johor Corporation melalui KPJ Healthcare Berhad juga memiliki dan mentadbir Hospital Wakaf An-Nur yang terletak di Jalan Mesjid, berdekatan Masjid Jamek (Masjid An-Nur) Pasir Gudang.

Manakala Hospital Penawar terletak di Pusat Bandar Pasir Gudang. Hospital ini telah lama bertapak di sini dan memang dikenali oleh penduduk Pasir Gudang.

Di Bandar Seri Alam, kira-kira 8 km dari Pasir Gudang, juga terdapat sebuah hospital pakar, Regency Specialist Hospital yang hanya 300m daripada pasaraya TESCO.

Supaya kita tidak atau jarang menginap di mana-mana hospital, penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul perlu lah diutamakan. Selalu lah beriadah - jogging, berjalan kaki, berbasikal, berenang atau lain-lain. Sekali kesihatan kita terganggu, kita resah sepanjang masa dan merasa tidak normal. Jaga lah kesihatan anda sebelum hospital menjaga anda.

Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Pasir Gudang</b> (MPPG)

Posted: 30 Aug 2013 08:30 PM PDT

Jawatan kosong 2013: Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MPPG berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) yang meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong.Sejarah penubuhan MPPG ini bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaran Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil.21 Bil 4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran (Bil 118).

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang :-

1. Penolong Jurutera (Awam) J29
2. Penolong Juruaudit W27
3. Penolong Pegawai Penilaian W32

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9inci) bersetem 80sen beralamat sendiri dengan mencatat "PERMOHONAN BORANG" di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan disertakan wang pos bernilai RM 1.00 atau borang boleh di muat turun dengan melayari laman web www.mppg.gov.my
ii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertai salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahunan.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
SEBELUM ATAU PADA 13 SEPTEMBER 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

Klik sini untuk borang permohonan.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

GEMPAR HUJAN BONGKAH BATU <b>DI PASIR GUDANG</b>

Posted: 19 Jul 2013 08:14 PM PDT

Pasir Gudang: Seorang pekerja kilang maut, manakala 10 lagi cedera akibat 'hujan' bongkahan batu yang terpelanting akibat kerja meletup batuan sebuah kuari di Jalan Bukit 2, Bandar Seri Alam di sini, tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengahari di kuari Wat Kuari Sdn Bhd, letupan kuat menyebabkan bongkahan dan serpihan batu terpelanting mencapai kira-kira satu kilometer radius sehingga merosakkan 14 kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Ringan MIEL, kira-kira 500 meter dari situ. 

LIHAT VIDEO :

Kejadian itu juga turut menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit rosak teruk akibat dihempap bongkahan batu. 

Mangsa yang terbunuh, seorang pekerja warga Nepal berusia 30 tahun mati serta selepas dipercayai dihempap bongkahan batu sebesar pemeluk.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.14 tengah hari yang memaklunkan bahawa sebuah stesen pembahagi tenaga elektrik meletup.

"Seramai 37 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dikejarkan ke kawasan. Namun ketika tiba di sini, letupan sebenarnya berpunca daripada kegiatan meletupkan batu kuari terletak kira-kira 500 meter daripada kawasan industri.

"Kami dapati, kawasan ini dipenuhi dengan bongkahan dan serpihan batu bertaburan sekitar atas jalan raya dan sekitar dalam kawasan kilang di situ. 
"Insiden ini menyebabkan seorang pekerja Nepal mati di tempat kejadian akibat terkena batu, manakala 10 lagi mendapat kecederaan tetapi sudah dikejarkan untuk rawatan kecemasan," katanya selepas mengetuai operasi mencari dan menyelamat di kawasan terbabit.

LIHAT VIDEO :

Mohd Rizal berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua mangsa yang cedera adalah pekerja daripada kilang berdekatan dan pihaknya masih membuat siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

"Siasatan selanjutnya juga akan dilakukan polis kerana kejadian ini mempunyai hubung kait dengan penggunaan bahan letupan. Bagaimanapun, JBPM mengesahkan keadaan persekitaran di kawasan kuari ini adalah selamat," katanya.

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads