Isnin, 2 September 2013

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


!!! Mieya Story Mory !!!: aktiviti <b>di</b> Piai <b>Pontian</b> Eco Challenges 2013 :3

Posted: 29 Aug 2013 07:07 AM PDT

lama tak mengupdatee .. rindu rasa hati dengan kekasih blog ni.. ececehh..memang malam ni aku punya cerita meleret & melarat ! aku takkan muncul di sini kalau tak ada cerita kan ?? biasa laa, kebelakangan ni banyak out station.. hahahaha. macam aku punya entri yang lepas laa kan , kami*aku,nana,pian & syaziwan terpilih untuk pergi ke Tanjung Piai untuk join PIAI PONTIAN ECO CHALLENGE (25 ogos - 28 ogos 2013) peringkat kebangsaan. pemenang tempat pertama menang RM1500, kedua RM 1000 & ketiga dapat RM 800. hmm , first time dalam hidupku join benda-ii macam ni .. memang mencabar mental, fizikal & kesabaran (muka aku pun dah rentung, siap menggelupas lagi) Walaupun penat nya amattt tapi pengalaman tu memang takkan dilupakan sampai bila-ii. Walaupun kami dah target RM 1500*rolling eyes (-_-!) hahaha , gurauu ! 

ada 32 team, 128 peserta politeknik & kolej komuniti johor,melaka,pahang,penang,kedah & perlis yang bertanding . tengok diorang memang agak "kecut" jugak laa mana taknya memang hantar atlet / budak-ii sukan yang bertanding . tinggi pun dah macam galah aku tengok. hihihi. 1 team 4 orang. 2 lelaki & 2 perempuan. Alhamdulilah, walaupun kami tak menang dapat no 1 - 3 , tapi dapat jugak laa top 5 .. kami nombor 5 untuk kebangsaan & tempat ke 2 untuk negeri Johor selepas Kolej komuniti Batu Pahat. Juara dari kolej komuniti Kuala Langat, Selangor, tempat ke 2 dari KK Bukit Beruang Melaka & tempat ke 3 dari KK Jempol, Negeri sembilan. 
Hari pertama kami pergi ke Hening Cipta Pontian untuk bermalam, sampai pun dalam pukul 3 petang gituu. hari pertama ni untuk mendaftar, ambil nombor peserta (tag) & bermalam di situ. hari pertama memang tak ada aktiviti la ,cuma malam tu ada taklimat untuk aktiviti kami.  



group 15 = RM 1500.. hahaha 
Hari ke 2 , aktiviti dah start, opss , sebelum tu kami check out dulu dari Hening Cipta & bertolak ke Dewan serbaguna Kg Sungai Bunyi untuk majlis perasmian 2PEC 2013 & tempat permulaan untuk larian sejauh 10 km. hmm , masa ni 1 group tu kena bahgi 2 kumpulan. aku & nana ambil acara larian & cabaran minda, pian & ewan ambil berbasikal sejauh 30 km . sampai sekarang aku tak percaya kami boleh habiskan larian 10 km tu. lepas tu kami sampai di Pantai Rambah untuk cabaran minda. kami kena jawab soalan tu di dalam muzium bugis. mak ai , soalan tak alang-ii . ada 10 soalan tanya soalan pasal muzium tu. dah la masa tu penat lepas berlari, kena jawab soalan. boleh menyirap rasanya. syaratnya, hanya 1 ahli kumpulan jak yang boleh masuk. kalau tak dapat jawab,baru tukar dengan kawan. 1 soalan salah, penalti 5 minit. lepas tu, budak lelaki pulak yang berbasikal . 30 km tu , tapi bukan main laju diorang bawak. peserta berbasikal pulak kena bawak 3 jenis barang kitar semula. masa diorang berbasikal tu , kena lalu jalan besar pastu hujan lebat ! bayangkan naik basikal, lepas tu hujan lebat di tepi-ii jalan raya besar pulak tu . berat tu nak bawak, tapi nasib baik la okay jugak diorang. lepas tu kami check in di tanjung piai resort. rehat & pukul 2 kena kumpul untuk cabaran memasak.. ni pun antara yang paling seronok. hahaha. cabarannya, kami kena tangkap 4 ekor ikan keli yang masih hidup & masak. peralatan yang di sediakan arang, pisau, jaring besi,minyak, kunyit,asam, garam, bawang & cili. ingatkan kena masak pakai gas, siap rancang nak masak ikan keli goreng berlada, asam pedas laa , sekali tengok bahan .hmm , memang kena bakar ikan tu kan? kalau takda syaziwan memang tak dapat la kami tangkap ikan keli tu. dia pegang ikan tu , lepas tu campak di simen*sebab dengar-ii ikan keli tu ada bisa & susah mati. dia jugak yang siang ikan. aku & pian hidupkan api berjam-ii. tapi akhirnya menyala jugak api untuk bakar ikan tu. dah masak, kena habiskan.. erhh .. sebelah malam pulak, ada program pasal alam sekitar & paya bakau. 

selepas tamatkan larian 10 km.rilex & ambil angin di tepi pantai ,
tiba-ii lak terkenang highway di tawau :')
dalam bas bersama tag besar gedabak ~








menghabiskan ikan keli bakar ~

syaziwan,pian,nana & mieya :)

hari ke 3, berjalan kaki ke taman negara tanjung piai. jauhhh ! lebih dari 1 km.. tapi hari tu pun di bahagi kepada 2 group. aku & nana ambil fotografi, yang lelaki ambil khidmat komuniti. cabaran kami kena ambil gambar bertemakan flora, fauna & kemanusiaan. lelaki pulak kutip sampah kat taman negara. tapi tu pun bertanding jugak, siapa dapat sampah terberat , dapat laa jajan (hamper) . sementara tunggu peserta khidmat komuniti habis , aku & nana pegi ke penghujung terselatan benua asia. akhirnya sampai jugak di tanah paling selatan benua asia . walaupun penat , ambil gambar itu  WAJIB . hehehe. sebelah petang, aktiviti merempuh halangan pulak. ada 13 halangan. belum start aktiviti, muka dah comot kena lumpur , aduyaii ! halangan ke 2  tu yang aku lemah sikit . gayat ! kena naik batu yang di susun macam tangga ,tapi jarak jauh-ii, memang kaki aku panjang nak melangkah kan ? lepas tu kena naik tali yang mamcam jaring tu. erhh , yang paling tak bole blah, kena lompat ke bawah. oh noo . lompat  ke bawah, selut/ lumpur tu dah sanpai pinggang akuu !
perhh, terbaik laa. aku tak dapat lepas dua halangan. monkey-bar & gayut tali sampai kesebelah sana. aku bab-ii gayut-ii ni memang lemah sikit . hahaa .. berapa kali jatuh, berapa kali masuk selut? memang terbaik laa kan? sebelum aktiviti rempuh halangan start, kami di bagi barang amanah. 4 keping biskut sebagai baran g amanah. tak boleh patah, tak boleh pecah. kami bungkus dengan sapu tangan & letak dalam plastik. walaupun aktiviti lasak , alhamdulilah barang amanah kami okay ! tak patah sikit pun. hihi :3

di suruh ambil gambar flora & fauna , 
tapi gambar kami lagi banyak dari yang di suruh..




dengan bangganyaaa ! HA HA 
Hari ke 4, macam biasa jugak. berjalan kaki ke taman negara tajung piai. ada senaman pagi & kena buat cabaran ECO-Xplorasi. masa pelepasan untuk cabaran Eco Xplorasi tu hujan lebat gilaaa. dah laa check point D tu jauuhhh ntah berapa km, bayangkan laa macam mana kami berlari dalam hujan lebat tu. kami dapat check point D,B,C,A. check point D kena buat dulu. cabaran kraftangan kertas . kena buat 2 bakul. kena gulungkan kertas & buat bakul tu dalam keadaan kami yang penat & basah kuyup . memang mencabar. tapi dalam cabaran ni kami group pertama yang lepas . hihihi . aku baru buat tapak, dah give up. ujung-ii c pian yang siapkan dua-ii bakul. hahaha . macik yang mengajar pulak pengsan. hmmp ! lepas tu lari lagi pegi depan, kena buat cabaran seikat penyapu. tapi kena buat dua ikat! dah tu, lari lagi pergi check point C, dah la jauh yaa amat ! check point c , kena panjat pokok kelapa untuk lelaki & perempuan kena jawab soalan. nasib baik la soalan senang. dah tu check point terakhir, check point A, kena mengupas, membelah & mengeluarkan isi kelapa cara tradisional. ni pun okay jugak. kami cuma lambat berlari kot! stamina dah hilang.. aku rasa lebih dari 10 km kami berlari untuk cabaran eco xplorasi hari ke4. nasib baik la aku punya kaki okay , tak sakit walaupun berlari tak tentu arah. mungkin sebab aku ada training ( jogging je kot ) 2 hari. pensyarah bagi cuti hari ni , tapi aku tak cuti sebab hari ni kelas pertolongan cemas, tertinggal boleh gagal . minggu depan dah exam. 

berjalan kaki ke taman negara tanjung piai :'/


walaupun tak menang , tapi pengalaman tu yang berharga. sijil pun kebangsaan beb . HA HA HA. dapat no 5 untuk kebangsaan & nombor 2 untuk Johor tu boleh dikira sebagai pencapaian peribadi la . sebab aku first time join ! okay laa , dah melarat sangat dah entri kali ni , jumpaa lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads