Isnin, 16 September 2013

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Kereta Hadiah Utama ABPBH Shaheizy Sam Dicuri, Ditemui <b>Di Skudai</b>

Posted: 10 Apr 2013 05:23 AM PDT


Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.

"Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu.

"Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu.

"Meskipun suspek dibebaskan dengan ikat jamin, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya, ketika ini kita sedang giat menjejaki suspek," katanya.

Mohmad berkata kereta mewah berwarna coklat gelap yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai telah dijual semula dengan harga RM30,000 kepada orang tengah dan dibawa ke Johor sebelum dijual sekali lagi.

2009-Nissan-370Z-Coupe-500x247

Difahamkan, kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.

Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas.

Sehubungan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes itu.

- Bernama

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

VIDEO: Cubaan Merompak Rumah <b>Di Skudai</b> - MyNewsHub

Posted: 10 Jul 2013 01:09 PM PDT


Sebuah rumah nyaris dirompak di Skudai, Johor pada 6 Julai lalu.

Insiden itu dirakamkan oleh CCTV rumah berkenaan.

Dapat dilihat, seorang lelaki pada mulanya membunyikan loceng rumah pada pukul 11.30 pagi. Melalui CCTV yang disambungkan ke skrin dalam rumah, tuan rumah yang tidak mengenali lelaki berkenaan mengambil keputusan tidak mengendahkannya.

Apabila pintu tidak dibuka, lelaki itu kelihatan menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbitnya. Dia turut dilihat meninjau ke bahagian belakang rumah.

Kemudian sekitar 1.30 tengah hari, dua lelaki muncul lalu memanjat pagar kecil sebelah pintu pagar utama seterusnya melompat masuk ke dalam kawasan rumah. Mungkin, mereka menyangka rumah berkenaan tidak berpenghuni.

Mereka 'melepak' agak lama di depan rumah, cuba membuka pintu. Hinggalah apabila penggera keselamatan berbunyi, mereka kelam kabut menyelamatkan diri.

Dari sini dapat dilihat, kepentingan CCTV pada zaman sekarang, di mana perompak nampaknya semakin berani dan bijak mencuba pelbagai cara untuk menjayakan kerja-kerja haram mereka.

Oleh: REM RAMZI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads