01 di tebrau - Google Blog Search |
Seorang daripada mangsa kemalangan <b>di</b> Jalan Muar–<b>Tangkak</b> <b>...</b> Posted: 29 Aug 2013 02:54 AM PDT MUAR – Seorang daripada tiga beradik perempuan yang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Muar-Tangkak dekat Pekan Bukit Kangkar, Ledang, semalam, masih kritikal. Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, Siti Nur Ain Abdul Rahim, 23, berada di wad kecemasan kerana mengalami pendarahan otak selain cedera parah di bahagian kaki. "Siti Nur Ain tidak sedarkan diri sejak dia dimasukkan ke wad berkenaan pagi semalam," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini hari ini. Dr Selahuddeen berkata kakak Siti Nur Ain pula, Siti Hajar, 30, yang tenat semalam kini stabil di Wad 6 hospital itu manakala adiknya Siti Suhada, 20, yang ditempatkan di wad sama juga beransur pulih. Beliau berkata Siti Hajar, seorang guru di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra dekat Kulaijaya, mengalami patah tengkuk dan cedera tulang belakang manakala Siti Suhada pula cedera di lengan kanan dan dahi. Sementara itu, Siti Hajar yang ditemui di wad berkenaan dilihat masih trauma dengan kejadian itu dan menangis setiap kali menerima kunjungan saudara mara. Seorang saudaranya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata Siti Hajar ada memberitahu dia sepatutnya memandu kereta secara bergilir-gilir dengan ibu saudaranya, Jasilah, yang terkorban dalam kemalangan itu. Kemalangan kira-kira pukul 5.50 pagi semalam menyebabkan lima terbunuh manakala tiga beradik perempuan cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang berhenti di sebelah kanan laluan Jalan Muar-Tangkak berkenaan. Lima yang terbunuh ialah ibu tiga beradik itu, Mahani Othman, 56, ibu saudara mereka Rokiah, 62, dan Jasilah, 42, suami Rokiah, Basiron Kasiran, 74, serta seorang saudara lain, Ramlah Abu Bakar, 66. Kesemua mereka sebelum itu dilaporkan dari Kuantan, Pahang selepas menziarahi seorang saudara mereka yang meninggal dunia. Kesemua jenazah sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Amat, Parit Bakar di sini semalam. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di tangkak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan