01 di bekok - Google Blog Search |
KAMPUNG MELAYU <b>BEKOK</b>: LARANGAN SEMBELIH LEMBU <b>DI</b> <b>...</b> Posted: 25 Oct 2013 04:01 PM PDT Selama berdekad-dekad, iaitu semenjak masyarakat India belum menjadi warganegara Tanah Melayu dan Malaysia, orang Melayu-Bumiputera telah bertolak ansur dengan golongan berkenaan. Bahkan telah menerima sebahagian daripada mereka sebagai 'saudara' sendiri menerusi perkahwinan dan perkongsian akidah. Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Justeru, segala urusan kerajaan adalah berlandaskan kepada agama Islam, baik menerusi ritual, mahupun falsafahnya. Pun begitu, dalam masa yang sama, agama-agama selain Islam (kecuali agama-agama dan fahaman yang diambil sebahagian daripada Islam dan dicampur dengan pelbagai agama lain) dibenarkan diamalkan di negara ini dengan bebas. Umat Islam telah melakukan ibadah korban tanpa gagal semenjak perintah melaksanakannya disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w lebih seribu empat ratus tahun lampau yang didokumentasikan pula menerusi al Quran, kitab suci umat Islam dan al Hadis, iaitu riwayat-riwayat yang dikumpul menerusi penyaksian oleh para Sahabat r.a dan dikompilasikan pula oleh Solafus Soleh. Namun di Malaysia, sekalipun agama Islam adalah agama rasmi, dan umat Islam pula adalah umat majoriti di negara ini, amalan yang diperintahkan oleh Islam perlu mendapat keizinan daripada golongan minoriti sebelum dapat dilaksanakan oleh umat Islam. Umat Islam di Malaysia sudah tidak boleh menjalankan perintah agama mereka secara bebas. Azan untuk menandakan masuknya waktu solat, dikatakan mengganggu dan umat Islam perlu patuh untuk menurunkan nada azan. Bacaan Tahrim dikatakan mengganggu tidur, maka ditiadakan dan diharamkan seperti di Pulau Pinang. Umat Islam tidak boleh berkumpul dan berarak di jalanraya sambil berselawat untuk mengenangkan Nabi s.a.w kerana dikatakan, menimbulkan ancaman kepada kaum minoriti. Dan sekarang, ibadah korban yang dijalankan oleh umat Islam pula, DIHARAMKAN DARIPADA DIJALANKAN DI KAWASAN SEKOLAH kerana kononnya mengganggu sensitiviti kaum Hindu memandangkan lembu adalah salah satu haiwan suci Hindu, meskipun di dalam kitab-kitab agama Hindu, tidak terdapat langsung perkara yang mereka perkatakan. Sungguh ANEH BIN AJAIB apabila larangan tersebut berkuat kuasa dengan alasan yang SANGAT BODOH, BAHLOL DAN TIDAK MATANG bagi golongan bukan Islam yang tinggal di sebuah negara yang bermajoritikan umat Islam. Bagaimana pula dengan kebisingan bunyi gendang, mercun dan muzik keagamaan kaum Hindu? Bagaimana pula dengan perarakan di jalanraya, membawa patung berhala untuk dimandikan dan dikahwinkan dengan patung berhala yang lain? Bagaimana pula dengan upacara memecahkan kelapa yang akhirnya menyebabkan harga kelapa naik berkali ganda kerana kekurangan bekalan? Bagaimana pula dengan upacara Thaipussam yang merupakan amalan menyeksa diri kononnya untuk menebus dosa? Dan kesemuanya itu dilakukan secara terbuka tanpa mendapat sebarang komen atau rungutan daripada masyarakat Islam kerana bertoleransi dan mahu hidup aman? Nampaknya, kalau dah upacara korban tidak boleh diadakan di kawasan sekolah, malah disarankan untuk diadakan di dalam rumah-rumah penyembelihan, sudah sampai masanya juga, kaum Hindu menamatkan semua upacara keagamaan mereka yang menyesakkan jalanraya, mengganggu keamanan dan ketenteraman dengan bunyi hingar bingar selain menghentikan kengerian kerana penyeksaan diri dan membazir buah kelapa selain memacak kuil-kuil haram di atas tanah kerajaan untuk mendapatkan pampasan. Apakah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari MIC yang mendapat kemenangan hasil daripada bantuan dan undian kaum Melayu dan umat Islam, mampu mengeluarkan arahan yang serupa kepada penganut-penganut agama Hindu pula? Atau pun, penganut-penganut beragama Hindu akan terus meminta agar orang Melayu-Islam bertoleransi dengan mereka sedangkan pada masa yang sama, mereka sendiri tidak SEDAR DIRI dan TAK KENANG DEK UNTUNG!!! |
You are subscribed to email updates from di bekok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan