Jumaat, 11 Oktober 2013

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Lelaki 8 rekod jenayah maut ditembak di kuil <b>di Gelang Patah</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2013 07:39 AM PDT

August 31, 2013   ·   18 Comments

KOTA TINGGI 31 Ogos – Seorang lelaki yang memiliki lapan rekod jenayah mati ditembak ketika sedang melakukan ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mangsa, K.Jaganathan, 37, berada di dalam kuil itu bersama isteri dan anaknya sebelum ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam.

"Dipercayai suspek merupakan dua lelaki bermotosikal dengan seorang daripadanya memasuki kuil itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. Kedua-duanya kemudian melarikan diri bersama kenderaan itu," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, Jaganathan yang tinggal di Taman Universiti, dekat Skudai, dihantar ke sebuah klinik sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata, susulan dari itu, polis berjaya menahan seorang individu berumur 30-an pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Gelang Patah bagi membantu siasatan.

Katanya, pasukan khas yang diketuai Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Azizan Anan sudah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu. "Polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dengan penahanan individu terbabit," katanya. – BERNAMA

By


Kit Siang jemput Mahathir bertanding <b>di Gelang Patah</b> | roketkini.com

Posted: 01 Apr 2013 10:09 PM PDT

JOHOR JAYA, 2 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah mempelawa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bertanding di kerusi Parlimen itu bagi menentukan samada karier politik beliau atau Mahathir yang berkubur.

Beliau berkata, ini kerana Mahathir ketika membantu kempen UMNO/Barisan Nasional (BN) di Johor meminta rakyat negeri itu menamatkan karier politiknya di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Selain itu, Mahathir juga menganggap tindakan Kit Siang bertanding di kubu kuat UMNO di Johor sebagai tidak masuk akal dan bodoh sebaliknya boleh menerima jika pemimpin veteran DAP itu bertanding di Pulau Pinang, Melaka atau Perak.

Bekas Perdana Menteri paling lama memerintah iaitu 22 tahun juga meminta rakyat Johor memastikan Kit Siang kalah di Gelang Patah antara Parlimen yang menjadikan negeri itu kekal sebagai 'deposit tetap' BN.

"Mahathir tidak mahu rakyat Johor ubah dan tukar kerajaan yang diterjaui BN sekarang, sebaliknya mengalahkan pemimpin veteran DAP itu di Gelang Patah.

"Mengikut Mahathir BN sudah tukar enam Perdana Menteri sejak merdeka, tetapi Kit Siang masih tidak berubah dan sepatut patut beri peluang kepada anak cucu beliau," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu ketika melawat Taman Molek, di sini, semalam.

Menurut Kit Siang, Mahathir sebenarnya belum bersara daripada politik sebaliknya sekarang dia lebih berkuasa daripada sebelumnya sehingga mampu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan BN kalah teruk pada PRU 2008.

Katanya, Mahathir juga baru-baru ini secara terbuka mengancam untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri jika BN gagal mencatat kemenangan lebih baik pada PRU-13 nanti.

"Tidak keterlaluan kalau saya katakan Mahathir adalah sebenarnya "de facto" Perdana Menteri, yang ditakuti Najib kerana boleh menentukan nasib politik Najib," katanya.

Menurut Kit Siang, berdasarkan pengaruhnya yang kuat dalam UMNO, beliau mencabar Mahathir bertanding di Gelang Patah supaya rakyat Johor memutuskan samada beliau atau Mahathir akan dikuburkan.

"Saya bersedia menyerahkan karier politik saya kepada pengundi Gelang Patah, yang terdiri daripada 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus pengundi Melayu dan selebihnya 12 peratus pengundi India.

"Sanggupkah Mahathir menamatkan karier politiknya untuk ditentukan pengundi Gelang Patah yang mendakwa menjadi kubu kuat BN setelah memenangi dengan majoriti 9,000 undi pada PRU 2008 dan lebih 31,000 undi pada PRU 2004," tambahnya. – Roketkini.com

Ketua kumpulan Geng 21 mati ditembak <b>di Gelang Patah</b>, Johor

Posted: 30 Aug 2013 05:04 PM PDT

Ketua kumpulan Geng 21 mati ditembak - Kejadian kes tembak-menembak dan pembunuhan di Malaysia terus berleluasa apabila terbaru seorang lagi ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun mati ditembak dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah, Johor.
Mangsa yang dikenali sebagai K. Jeganathan didakwa sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya sebelum didatangi dua lelaki yang memakai topi keledar dan melepaskan beberapa das tembakan kira-kira pada jam 7.30 malam.
Sejurus kejadian pantas itu, Jeganathan yang merupakan ketua kumpulan Geng 21 terus dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah, namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana. Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat, dipetik dari mstar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads