01 di gelang patah - Google Blog Search |
UMNO Online - UMNO Johor Serah Isu Pemuda <b>Gelang Patah</b> <b>...</b> Posted: 13 Oct 2013 01:51 AM PDT Kategori Pembela Rakyat, Kata Di KotaUMNO Johor Serah Isu Pemuda Gelang Patah Kepada PusatMERSING, 13 Okt – UMNO Johor sudah menyerahkan laporan mengenai dakwaan 'perwakilan hantu' dalam Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pemuda UMNO Gelang Patah kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini. "Laporan kita telah serah ke pusat dan saya pasti saudara Khairy (Jamaluddin) (Ketua Pemuda) akan buat keputusan. Terserahlah kepada ibu pejabat untuk tentukan sama ada mesyuarat semalam sah atau tidak," katanya. Mohamed Khaled yang ditemui pemberita selepas melancarkan Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur di sini, diminta mengulas mengenai kekecohan ketika pemilihan Pemuda UMNO Gelang Patah yang menyebabkan mesyuarat terpaksa ditangguh. Mengulas insiden itu, Mohamed Khaled berkata isu perwakilan hantu tersebut timbul apabila jumlah perwakilan yang diumum oleh Pengerusi Tetap Sahid Amun tidak sama dengan jumlah undi yang diterima. "Saya difahamkan ketika pengerusi tetap umum masih ada perwakilan yang mendaftar. Dia umum awal kerana hendak mulakan mesyuarat, namun jumlah yang mendaftar kemudian ini tidak diumumkan. Jadi soalnya sama ada yang perwakilan tambahan itu perwakilan hantu atau tidak biarlah mereka yang siasat," katanya. Kekecohan tercetus ketika keputusan diumumkan apabila didapati jumlah kertas undi yang diterima melebihi bilangan perwakilan. Dalam insiden itu bekas Ketua Pemuda bahagian Noorisham Ismail turut ditumbuk oleh seorang penyokong calon yang bertanding jawatan itu. Jumlah perwakilan hanya 194 namun kertas undi yang diterima 205, sekali gus dipertikaikan oleh penyokong calon-calon bertanding. Perebutan jawatan ketua Pemuda Gelang Patah menyaksikan pertembungan antara Julnizam Janisan dan Abdul Hamid Soaip. Keputusan yang diumum memihak kepada Julnizam. Sementara itu, Mohamed Khaled berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan ketiga-tiga sayap di negeri berkenaan. Kemenangan banyak muka baru, katanya menunjukkan demokrasi dalam parti berjalan dengan baik. "Untuk sayap Wanita, kita mendapat lima ketua baharu dan tiga lagi penyandangnya kalah, manakala bagi ketua Pemuda, 23 merupakan orang baharu diikuti Puteri seramai enam orang," katanya. Beliau turut berharap mereka yang dipilih itu tidak menghampakan perwakilan yang meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. – MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 13 October 2013 4:51 PM |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan