Isnin, 28 Oktober 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Taman Tema Angry Bird <b>di Johor Bahru</b> City Centre | Warta Rakyat

Posted: 17 Oct 2013 06:30 PM PDT

JOHOR BHARU, 12 Okt – Johor Corporation (JCorp) amat teruja dengan reaksi orang
ramai terhadap rancangan untuk membuka Taman Tema Angry Birds yang pertama di
Asia Tenggara di Johor Bharu City Center (JBCC) pada Mei tahun depan.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, di dalam kajian
yang dijalankannya baru-baru ini menunjukkan lebih daripada 80 peratus responden akan
mengunjungi JBCC jika Taman Tema Angry Birds itu dibuka.
"Kita amat teruja dan optimistik (dengan potensi Taman Tema Angry Birds dan JBCC) berdasarkan
kepada kajian itu," katanya selepas merasmikan Angry Birds Activity Park yang mempunyai
keluasan 2,800 kaki persegi di Galleria@Kotaraya di sini hari ini.
Taman Tema Angry Birds di JBCC itu dibangunkan oleh anak syarikat JCorp, Damansara Assets
Sdn Bhd dengan kerjasama pencipta animasi kartun terkenal dunia itu, Rovio Entertainment daripada
Kedua-dua pihak menandatangi Memorandum Persefahaman pada Jun lepas untuk membangunkan
taman tema terbabit di JBCC.
JBCC sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan dibangunkan semula
sebagai projek hartanah bersepadu bernilai RM1.5 bilion, menggabungkan hotel, menara pejabat dan
kompleks membeli-belah di pusat bandaraya Johor Bharu.
Menurut Kamaruzzaman, kerja-kerja pembinaan Taman Tema Angry Birds di JBCC telah memasuki
peringkat akhir dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tarikh pembukaannya pada Mei
Mengenai persaingan daripada taman-taman tema yang lain di Iskandar Malaysia, beliau berkata,
ia tidak membimbangkan kerana Taman Tema Angry Birds di JBCC berada di dalam dewan, berlainan
dengan taman-taman lain seperti Legoland Malaysia.
"Segmen pelanggan kami adalah mereka yang suka menikmati aktiviti keluarga dan hiburan di dalam
dewan sambil membeli belah," katanya sambil menambah, Taman Tema Angry Birds bakal menjadi salah
satu daripada destinasi tarikan pelancong di Johor bersama-sama taman tema yang lain.
Sementara itu pengarah eksekutif Damansara Assets Yusaini Sidek pula berkata, pihaknya mensasarkan
Taman Tema Angry Birds yang dibina dengan kos sebanyak RM10 juta itu mampu menarik sebanyak
30,000 pengunjung sebulan.

158 total views, 1 views today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads