01 di kukup - Google Blog Search |
My View, My Story: <b>KUKUP</b> : Disebalik wajah yang indah. Posted: 19 Oct 2013 05:09 AM PDT Kukup seterusnya, kita lihat aktiviti harian masyarakat setempat. Oleh kerana Kukup berada disekitar kawasan berair, tentulah aktiviti mereka banyak tertumpu kepada air. Kebanyakkan bekerja sebagai nelayan, penternak makanan laut, berniaga, bertukang dan menyediakan kemudahan seperti homestay, hotel, motel, spa dan refleksologi. Sebagai tambahan cerita yang lepas, dimana hendak mendapatkan tiket ke Pulau Kukup. Kita boleh dapatkan di Pejabat Taman Negara Pulau Kukup yang bersebelahan dengan surau dan berhadapan dengan bus stand kukup. Berapa harga? Sebenarnya malang sekali saya tidak ambil tahu harga tiket menaikki bot untuk ke Pulau Kukup...hihi, minta maaflah, walaubagaimanapun tidak mahals mencecah RM 10. Maaf banyak-banyak semua. Tapi ada berita baik untuk semua, sebab semua pekerja Taman Negara Pulau Kukup ramah dan baik hati semua. Sangat banyak info telah disampaikan mengenai penubuhan projek Taman Negara Pulau Kukup. Alhamdulillah, walaupun hujan lebat mereka tetap turun sama ke Pulau Kukup. Ini saya tunjukkan gambaran pemandangan dari rumah air homestay kami. Bilik berbentuk dorm asrama bertingkat dua. Berdekatan dengan kelong penternakan ikan dan udang. Lokasi di Kampung Air Masin, Kukup. Banyak lagi homestay atas air seperti ini, lagi cantik pun ada. Kemudahan kedai runcit pelbagai keperluan juga dekat. Ada juga disediakan makanan, tapi saranan saya baik cari sahaja diluar sebab lagi banyaka pilihan. Harga? Terus terang saya katakan mahal sangat. Enam bilik dalam satu rumah dengan harga RM 800. Bilik boleh memuatkan 8 orang. Sesak sangat, muat untuk solat sahaja lorong antara tilam. Tak tahulah kalau ada yang lebih selesa dan murah. Nak mudah, rajinlah berkawan dengan pakcik Google. Selain dari itu, ada juga pemandangan sakit mata pada saya. Kawasan rumah semua diatas air dengan kurang proses air keluar masuk. Memang bawah rumah kotor dan sangat kotor. Lagi bertambah parah bila kedai makan buang sampai kotor dapur merata di bawah rumah. Air memang keruh. Kualiti air memang tahap parah. Silap hari bulan mungkin ada aedes. Satu tips apabila berada di Kukup. Kalau hendak melihat pemandangan yang cantik dimata, teruslah mendongak langit. Tapi andai ingin melihat realiti, banyakkanlah melihat rumput dibumi. Terus tunduk dan ambil ikhtibar. Begitu juga dalam realiti kehidupan kita. Kalau kita masih mampu berpura, maka teruskan bermanis wajah. Tapi andai ingin berlaku jujur, bercakap benar dan mengaku salah. Penat. Nanti sambung lagi. Jaga diri semua. Wassalam. |
You are subscribed to email updates from di kukup - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan